Monday, April 18, 2011

Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!!

   "Daku menadah tangan kesyukuran..bibirku tidak mampu mengungkap keindahan perkataan itu..hanyalah kalimah rahsia sebagai bicara..namun tika ini,ku bersungguh-sungguh utk menterjemahkan gambaran di dalam"..


Alhamdulillah..seorang mujahidah yang tidak ku kenali telah membuka mata dan hatiku..untuk terus menusuri jalan-jalan dakwah..memperjuangkannya tanpa mempedulikan rintangan yang mendatang..soalan yang seakan berbicara di benak fikiran semua..pernyataan yang mampu membuat bibir yang tersayang mengukir senyuman..siapakah insan mulia itu?..


Insan yang dihiaskan dengan hiasan nama yang bagaimana?..Atika Aula namanya diukir kemas pada sorotan papan indah luh mahfuz..(jika silap,ana pohon kemaafan)..bagaimana diriku mengenalinya?..sejujurnya,tidak pernah ku tahu tentang latar belakangnya mahupun tentang dirinya..


Pada awalnya,mataku terpana dengan slogan "Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah"..sekelip cuma hatiku terarah untuk klik pada perkataan di bawahnya,iaitu "klik di sini" melalui wasilah blog najiah@jiah..hatiku berdebar-debar menunggu blognya terpamer..hatta mataku langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling..bukan kerana nafsu ku terbuai-buai ke arah wanita ajnabi,namun kesekian kalinya neuron otakku ingin menformat dan menyimpan data baru..mataku semakin tercelik..akhirnya,terpampang medium dakwah pada skrin komputer ribaku..perkataan pertama yang melintasi indah di depanku adalah


"Ahlan Wa Sahlan Ke Blog Atika Aula Salam Ukhuwah"..


Moga-moga dia meraikan kedatanganku dengan perkataan itu..(^_^)..hatiku bersuara kecil,tujuanku bukan untuk menghulurkan salam perkenalan..bahkan niatku adalah untuk berjihad dan memperjuangkan dakwah Nabi..


            [Home][Diriku][Tutorial][Awards][Banner][Pets]..


wahh..banyaknya..mana satu nak klik ni..ishh..nanti nanti nanti..jangan berganjak dahulu..tengok page yang bawah..ada apa ya..
                     
                              Assalamualaikum semua..




Selamat malam..kali ni saya nak anjurkan satu kempen la.Kempen saya ialah "Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah".


                                               Gambar..


                                          baca baca baca..


Saya harap kempen saya mendapat sambutan...ada beberapa syarat untuk join kempen ni ,xsusah pun : 





  • Buat satu entri bertajuk " Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!! ". Link entri tersebut hendaklah diletakkan di bahagian komen entri ini.
  • Dalam entri kawan-kawan letakkan link blog saya.
  • Letak gambar di atas di dalam link kawan-kawan
  • Kalau boleh gambar tersebut letak di side bar ye. Boleh tukar saiz kod ( height : 110, width 250)
  • Tambahan tag 3 orang rakan (lebih pun xpe) pastikan mereka tau

teruskan..baca baca lagi akhirnya sampai ke bawah..




                             Syukran kerana sudi membaca




Kalau suka like la ;)




Ditaip oleh Cik Atika Aula




Wahh..betul-betul xsusah la..bestnya..tapi.........aduhhh!!!..lupa nak like la..jp lagi sy like k..(^_^)..


Jom teman-teman!!..jom kita sertai kempen ni..betul-betul xsusah..bagi mereka yang sukar berkata-kata di depan umum,inilah masanya untuk jari-jemari anda bersuara..(^_^)..taip taip taip..


Siap!!!!!!!!!!!!


Teruja tak teruja tak??Tapi ingat...bukan hasilkan tulisan yang menyimpang dari tujuan dakwah..ataupun susunan artikel yang tersasar jauh dari landasan ukhwah..seperti kata-kata kesat..atau perkataan yang kurang enak didengar teman dan sahabat..pastinya mendorong hubungan  yang semakin melarat..semua itu hindarkan seboleh mungkin..artikel yang baik seperti membantu ibu di dapur,menyiram pokok bunga,tolong gosokkan baju ibu..dengan niat mengeratkan lagi hubungan mesra antara keluarga adalah digalakan..asalkan berlandaskan jalan dakwah..(^_^)


Kepada ukhti mujahidatul Atika Aula..




Maksudnya :


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.


                                       (Surah al-Maidah : ayat 71 & 72)


Syukran Jazilan kerana membantu dan mendorong saudara dan saudari seislam mu untuk terus berdakwah..Allah pasti menghitung kebaikanmu..(^_^)

HUKUM IKHTILAT ANTARA KAUM LELAKI DAN KAUM PEREMPUAN : BAHAGIAN 3

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda:


     "لا يدخلن رجل على مغيبة إل ومعه رجل أو رجلن"


Maknanya: "Janganlah seorang lelaki masuk ke [rumah] seorang
perempuan yang sedang ditinggalkan suaminya, kecuali bersamanya
seorang lelaki lain atau dua orang lelaki”.                                                                     
                                                   
            (H.R. Muslim17 dan lainnya18)


"Hukum yang diintisarikan dari hadis-hadis di atas ialah bahawa berkumpulnya antara lelaki dan perempuan jika terdapat tiga orang atau lebih adalah sesuatu yang dibolehkan".


Perkara ini berlaku dalam pelbagai keadaan [mutlak]; baik untuk kepentingan dunia selama tidak mengandungi maksiat,mahupun untuk kepentingan agama; seperti belajar ilmu agama atau usrah. Dengan keharusan perempuannya menutup aurat.


"Demikian orang yang mengharamkan berkumpulnya kaum lelaki dan kaum perempuan dengan tujuan belajar ilmu agama maka ia telah mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan Allah"


Padahal dalam hadis telah diriwayatkan bahawa kaum perempuan solat berjama’ah bersama Rasulullah. Mereka berada di barisan belakang setelah barisan kaum lelaki, dan di antara mereka tidak ada
penghalang (sitar). 


Kemudian juga dalam Shahih al-Bukhari (19) 


"Diriwayatkan bahawa Rasulullah menyuruh kaum perempuan di hari raya untuk ikut solat ied di satu tempat di Madinah berdekatan masjid [nabawi]. Saat itu ramai kaum perempuan muda solat ied di belakang Rasulullah, sementara kaum perempuan lainnya yang sedang haidh menyaksikan dari jauh,untuk mendapatkan kebaikan. Dalam beberapa kesempatan lainnya Rasulullah turun langsung bersama Bilal mendatangi (menghampiri) kaum perempuan untuk
memberikan nasihat kepada mereka".


Kemudian dalam Shahih al-Bukhari ada sebuah bab yang beliau namakan dengan:Bab Nasihat Imam [pemimpin] bagi kaum

perempuan di hari raya”.


Dan kerana itulah tradisi kaum Muslimin masih berlanjutan dari dahulu hingga sekarang bahawa para ulama menentukan waktu dan tempat khusus di samping masjid atau di tempat lainnya untuk mengajar kaum perempuan.


Setelah penjelasan panjang yang dikutip dari
hadis-hadis shahih dan pernyataan para ulama di atas,para ulama mujtahid memberikan tauladan kepada kita untuk berpegang teguh dengan teks-teks syari’at yang memang shahih.





17 Shahih Muslim: Kitab as-Salam: Bab Tahrim al-Khalwah bi al-Mar’ah al-Ajnabiyyah.


18 Ibnu Hibban dalam Shahih-nya (7/442) dan Ahmad dalam Musnadnya (2/171, 176, 213).



19 Shahih al-Bukhari: Kitab al-‘Idain: Bab Khuruj an-Nisa wa al-Huyyadl Ila al-Mushalla.


Bahagian Sebelumnya : Klik Di Sini : Bahagian 2



HUKUM IKHTILAT ANTARA KAUM LELAKI DAN KAUM PEREMPUAN : BAHAGIAN 2

Al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab Shahih-nya(9) dari
Sahl, berkata: “Ketika Abu Usaid as-Sa’idi menjadi pengantin,
ia mengundang Rasulullah dan para sahabatnya. Tidak ada
yang membuat makanan bagi para tetamu (undangannya)
tersebut juga tidak mendekatkan (membawa) makanan kepada
mereka kecuali isterinya; Ummu Usaid”.


Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Dalam hadis ini terdapat
keterangan tentang kebolehan berkhidmatnya seorang isteri
terhadap suami dan para tetamunya. Tentunya hal ini bila saat aman dari adanya fitnah, juga perempuan tersebut harus
dengan menjaga apa yang seharusnya [menutup aurat]. 


Juga dalam hadis ini terdapat keterangan bahawa seorang suami
dibolehkan meminta tolong [khidmat] kepada isteri”(10).


Ibn al Mundzir, salah seorang imam mujtahid, dalam
kitabnya al-Awsath, berkata: 


"Ali ibn ‘Abd al-‘Aziz mengkhabarkan kepada ku
, ia berkata:: Hajjaj mengkhabarkan kepada
ku , ia berkata::Tsabit dan Humaid dari Anas mengkhabarkankan kepada kami dari beliau berkata: Kami bersama
Abu Musa al-Asy’ari, kami solat di al-Mirbad, kemudian
kami duduk di masjid al-Jami’, dan kami melihat al-Mughirah
ibn Syu’bah solat bersama ramai, kaum lelaki dan
kaum perempuan bercampur, lalu kami pun solat
bersamanya”(11).


Ibnu Hibban meriwayatkan dari Sahl ibn Sa’d, berkata:


“Kami kaum perempuan di masa Rasulullah diperintah untuk
tidak mengangkat kepala hingga kaum lelaki mengambil
tempat duduknya masing-masing, kerana sempitnya pakaian
[yang mereka kenakan]”(12).


Dua hadis di atas merupakan dalil bahawa
berkumpulnya kaum lelaki dan kaum perempuan dalam
satu tempat adalah sesuatu yang dibolehkan, sekalipun tidak ada
penghalang (sitar) antara mereka. Ertinya bahawa ikhtilat
antara kaum lelaki dan kaum perempuan adalah hal yang
boleh selama tidak ada persentuhan. Adapun ikhtilat yang
diharamkan adalah yang disertai dengan adanya persentuhan
tubuh.


An-Nawawi dalam syarahnya terhadap kitab al-
Muhadzdzab, berkata: “...karena sesungguhnya ikhtilat antara
kaum lelaki dan kaum perempuan jika bukan khalwat
adalah sesuatu yang bukan haram”(13).


Perkataan an-Nawawi di atas sesuai dengan petunjuk
hadis Ibn ‘Abbas, bahawa Rasulullah bersabda bagi kaum
perempuan saat mereka berbaiah:


 إنا أنبئكن عن العروف الذي ل تعصينن فيه أن ل تلون بالرجال وحدانا "
                                  " ول تنحن نوحة الاهلية 


Maknanya : "Aku beritahukan kepada kalian tentang kebaikan (al-
Ma’ruf) yang tidak boleh kalian derhaka kepadaku dalam hal ini;
[ialah] janganlah kalian berkhalwat dengan kaum lelaki dalam
keadaan sendiri dan janganlah kalian menjerit-jerit [an-Niyahah;
karena kematian seseorang] seperti menjerit-jeritnya kaum
jahiliyah". 


                    (H.R. Al-Hafizh Ibnu Jarir at-Thabari)


Para ulama fiqh telah mencatat bahawa bila ada dua orang
lelaki bersama dengan seorang perempuan atau dua
orang perempuan dengan seorang lelaki bukan tergolong
khalwat yang diharamkan. 


Syekh Zakariyya al-Anshari asy-
Syafi’i dalam Syarh Raudl ath-Thalib, berkata: “Dibolehkan bagi
seorang lelaki untuk berkumpul dengan dua orang perempuan yang dapat dipercayai [tsiqah]”(14).


Demikian pula disebutkan oleh Syekh Muhammad al-Amir al-Maliki(15).



Yang diharamkan adalah khalwat antara seorang lelaki
dengan seorang perempuan, sebagaimana diterangkan
dalam hadis Nabi:


                     " لا يلون رجل بامرأة إل كان ثالثهما الشيطان "


Maknanya: "Tidaklah sekali-kali seorang lelaki berkhalwat
dengan seorang perempuan kecuali orang ketiganya adalah syaitan".


Hadits Shahih riwayat at-Tirmidzi(16).






11 Lihat Kitab al-Ausat (2/401)


12 Lihat al-Ihsan Bi Tartib Shahih Ibn Hibban (3/317)


13 al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (4/484)


14 Lihat Syarh ar-Raudl (3/407)


15 Lihat Has10 Fath al-Bari (9/251)
yiat al-Amir ‘Ala al-Majmu’ (1/215)


16 Jami’ at-tirmidzi: Kitab ar-Radla’.


Sambungan : Klik Di Sini : Bahagian 3
Bahagian Sebelumnya : Klik Di Sini : Bahagian 1

HUKUM IKHTILAT ANTARA KAUM LELAKI DAN KAUM PEREMPUAN : BAHAGIAN 1

Ketahuilah bahawa sikap berlebih-lebihan dalam agama
adalah sikap yang tidak seharusnya. Yang dituntut dalam hal
ini adalah bersikap adil.
"Dengan demikian tidak boleh memberi ruang kepada siapapun menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah dan
Rasul-Nya, atau sebaliknya; menghalalkan sesuatu yang telah
diharamkannya". Allah berfirman:


                     قل يا أهل الكتاب ل تغلوا ف دينكم 


Maknanya: "Katakanlah [wahai Muhammad] wahai ahli kitab
janganlah kalian berlebih-lebihan dalam beragama kalian".

                                                       (Surah al-Maidah : ayat 77)


Rasulullah berkata kepada Ibn ‘Abbas di Muzdalifah
saat melaksanakan haji: “Ambilkan batu [untuk melontar
jamrah] untukku”. Kemudian Ibnu ‘Abbas memungut batu
seukuran khazaf (kerikil sedang). Rasulullah bersabda:
“(dengan) Batu-batu seukuran inilah (kalian melontar
jamrah), jauhilah oleh kalian untuk berlebih-lebihan dalam
urusan agama, sesungguhnya berlebih-lebihan dalam agama
telah menghancurkan orang-orang sebelum kalian”.


Ada pendapat sebahagian orang yang berlebih-lebihan
dalam menyingkapi hukum ikhtilat. Mereka mengharamkan
apa yang tidak diharamkan Allah. Mereka mengharamkan
berkumpulnya kaum lelaki dan kaum perempuan, padahal
bukan berkhalwat [berdua-duaan], tidak terdapat persentuhan
antara kaum laki-laki dan kaum perempuan dan kaum
perempuan tersebut menutup aurat [tidak membuka kepala
atau seumpamanya]. Orang yang mengharamkan perkara begini hanya mengada-adakan hujah; mereka tidak memiliki dalil.


Ikhtilat terbahagi kepada dua bahagian; ikhtilat yang dibolehkan
dan ikhtilat yang diharamkan. Ikhtilat yang boleh adalah
yang tanpa adanya persentuhan antara tubuh dan bukan
khalwat (berdua-duaan) yang diharamkan. Ikhtilat yang
diharamkan adalah yang terdapat persentuhan [berbaur
hingga bersentuhan] antara kaum lelaki dan perempuan.


Hal ini seperti yang telah dijelaskan oleh Syekh Ibn Hajar al-
Haithami dalam al-Fatawa al-Kubra, dan Syeikh Ahmad ibn
Yahya al-Wansyuraysyi [ulama abad 10 H] dalam karyanya al-
Mi’yar al-Mu’rib; sebuah kitab yang memuat fatwa-fatwa ahli
fiqh daerah Maghrib (Moroko).



Al-Bukhari4, Muslim5, at-Tirmidzi6 dan an-Nasa’i7
meriwayatkan dari Abi Hurairah bahawa salah seorang sahabat
datang kepada Nabi. 


Nabi kemudian menyuruh para isterinya
untuk menjamunya sebagai tetamu, tapi mereka berkata: “Kita
tidak memiliki apapun (untuk hidangan) kecuali air”. Kemudian
Nabi berkata di hadapan para sahabatnya: “Siapakah yang
sedia menjadikannya sebagai tetamu?”. Salah seorang sahabat
dari kaum Anshar berkata: “Saya wahai Rasulullah”.
Kemudian ia membawa tetamu tersebut menuju ke rumahnya. Ia
berkata kepada isterinya: “Muliakanlah tetamu Rasulullah ini !”.
Sang isteri menjawab: “Kita tidak memiliki hidangan kecuali
makanan anak kita”. Sahabat Anshar berkata: “Sediakanlah
makanan itu, hidupkanlah lampu dan tidurkanlah anak-anakmu
jika saat [kita hendak] makan malam !”. Kemudian
sang isteri menyiapkan makanan, menghidupkan lampu dan
menidurkan anak-anaknya. Setelah itu ia mendekati lampu
seakan hendak membenarkannya, namun ia malah
memadamkannya. Kemudian kedua suami isteri ini
mengerak-gerakkan tangannya memperlihatkan kepada tetamu
seakan-akan sedang makan. Akhirnya keduanya tidur malam
dalam keadaan lapar. Saat menghadap Rasulullah di pagi
harinya, Rasulullah bersabda:



                                              " ضحك ال الليلة أو عجب من فعالكما"


Kemudian turun firman Allah:



        ويؤثرون على أنفسهم ولو كان بم خصاصة، ومن يوق شح نفسه فأولئك 
                                                               (9 :  هم الفلحون( سورة الحشرة


Maksudnya : Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. 


                                                                  (Surah al-Hasyr : ayat 9)


Makna [ ضحك ] dalam hadis di atas “meredhai” bukan berarti

“tertawa” layaknya manusia. (artinya Allah meredhai apa yang
kalian kerjakan malam tadi). Sebagaimana hal ini dinyatakan
al-Hafizh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari8. 


Dalam hal ini jelas
sahabat Anshar dan isterinya duduk bertiga dengan tetamu,
sebagaimana layaknya berkumpul saling berdekatan antara
orang-orang yang sedang makan. Dan Rasulullah dalam hal ini
tidak mencegahnya.





4 Shahih al-Bukhari: Kitab Manaqib al-Anshar: Bab firman Allah:
                      .[ويؤثرون على أنفسهم ولو كان بهم خصاصة]


5 Shahih Muslim: Kitab al-Asyribah: Bab Ikram adl-Dhaif wa Fadli itsarihi.


6 Sunan at-Tirmidzi: Kitab Tafsir al-Qur’an min Surat al-Hasyr. Ia
berkata hadis shahih.

7 Sunan an-Nasa’i al-Kubra: Kitab at-Tafsir: Bab firman Allah: 

                        [ويؤثرون على أنفسهم ولو كان بهم خصاصة]

8 Fath al-Bari (7/120)






Related Post