Sunday, April 24, 2011

Bahasa Arab Bukan Bahasa Ahli Syurga

Saya tertarik dengan entri seorang akhwat atiq rahman yang mengatakan "bahasa arab bukan bahasa ahli syurga"..jikalau tidak keberatan,bacalah terlebih dahulu entri atiq..kerana insyallah saya akan mengupas lebih lanjut berkenaan permasalahan ini supaya umum lebih mudah memahami..saudara atau saudari sekelian,untuk entri atiq boleh klik di sini > BAHASA ARAB BAHASA SYURGA?


Bagaimana??..Benarkah??..


Sebahagian ahli ilmu "tidak menetapkan" bahawa bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab lalu bersikap tawakkuf (berdiam diri) daripada menentukan bahasa bagi ahli syurga.




Hadis yang dirujuk berkenaan bahasa Arab sebagai bahasa ahli syurga adalah: Rasulullah shollallahu 'alaihi wasalam bersabda:

" أَحِبُّوا الْعَرَبَ لأَنِّي عَرَبِيٌّ ، وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ ، وَكَلامُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ "

Maksudnya: Cintailah Arab kerana aku seorang arab, Al-Qur'an dalam bahasa Arab dan kalam ahli syurga adalah arab"





Hadis ini dikeluarkan oleh Imam At-Tabrani dalam Mu'jam Kabir, Imam Al-Hakim dalam Mustadrak, Imam Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman dan sebagainya. Namun, sanadnya mengandungi perawi bernama Al-'Ala' bin 'Amru Al-Hanafi yang dinilai sebagai pemalsu hadis. Lalu, ia menjadikan nilai hadis ini dinilai oleh sebahagian ulama' sebagai palsu.








Al-Imam As-Suyuti menyebut tentang hadis ini:
قَالَ العقيلي : منكر لا أصل لَهُ ...قلتُ : إنّما أورده العقيلي فِي ترجمة العلاء بْن عمرو عَلَى أَنَّهُ من مناكيره ، وكذا صاحب الميزان . وقال الحافظ ابن حجر فِي اللسان : العلاء ذكره ابن حبان فِي الثقات ، وقال صالِح جزرة : لا بأس بِهِ . وقال أَبُو حاتِم : كتبت عَنْهُ وما أعلمُ إلا خيرًا . انتهى .

Maksudnya: "Al-Uqaili berkata: Hadis munkar yang tiada asalnya... Saya kata: "Sesungguhnya Al-Uqaili menyebut dalam terjemah Al-'Ala' bin Amru bahawa hadis ini antara manakirnya (yang diriwayatkan dengan sanad bersendirian tanpa jalan lain). Begitu juga disebutkan oleh empunya Al-Mizan (Imam Az-Zahabi). Al-Hafiz ibn Hajar menyebut dalam Al-Lisan: "Al-'Ala' disebut oleh Ibn Hibban dalam At-Thiqat (kitab2 yang menyenaraikan perawi thiqah). Sholeh Jazrah berkata: "dia tidak mengapa..." Abu Hatim berkata: "Ditulis daripadanya. Aku tidak ketahui daripadanya melainkan kebaikan..." 






"Para ulama' berselisih pendapat tentang Al-'Ala' bin 'Amru tadi namun kebanyakannya menilai beliau sebagai lemah dan ada yang menilainya sebagai pemalsu hadis". 




Imam As-Suyuti menyebut perkataan
Imam Az-Zahabi tentang hadis ini
                                       وأظن الحديث موضوعًا

Maksudnya: "Saya rasa hadis ini palsu..." [Al-La'ie Al-Masnu'ah] 




Imam Al-'Uqaili juga menyebut hadis ini munkar tiada asalnya dalam Ad-Dhu'afa' Al-Kabir.



Imam AS-Sakhawi juga ada menyebut jalan lain bagi hadis ini iaitu melalui perawi bernama Muhammad Ibn Al-Fadhl tetapi tidak layak dijadikan sanad penguat hadis ini kerana Ibn Al-Fadhl adalah dho'if dan ditohmah sebagai pendusta.Jadi, Imam As-Sakhawi juga membuat kesimpulan hadis ini palsu walaupun banyak hadis-hadis lain menceritakan kelebihan mencintai bangsa Arab, tetapi tidak ada tentang bahasa Arab sebagai bahasa ahli syurga dalam riwayat yang kuat. [Rujuk Al-Maqasid Al-Hasanah]





"Namun, Imam At-Tabrani r.a. meriwayatkan hadis ini dalam Al-Mu'jam Al-Ausath dengan jalan lain iaitu bersambung kepada Saidina Abu Hurairah r.a., bukan Saidina Ibn Abbas r.a. yang dinilai palsu tadi".




Pun begitu, hadis ini dho'if, tetapi tidak sampai tahap palsu. Perawi yang dinilai lemah dalam sanad ini adalah dua orang. Pertama: Abdul Aziz bin Imran dan kedua: Syibl bin Al-'Ala' bin Abdil Rahman.



 Abdul Aziz bin 'Imran dinilai sebagai dho'if oleh ramai ulama' hadis termasuklah Imam Al-Bukhari dan Imam An-Nasa'ie sendiri. Adapun Syibl bin Al-'Ala', maka dia bersifat majhul. Imam Ibn 'Adi berkata, Syibl tersebut mempunyai riwayat manakir.



Namun, konsep "bahasa Arab adalah bahasa Ahli Syurga" ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam bahkan nas-nas mengenainya tidak bertentangan dengan mana-mana nas yang lebih sahih. Jadi, boleh sahaja untuk menerimanya dan lebih baik serahkan hakikat sebenarnya kepada Allah s.w.t.. Wallahu a'lam





Ibn Hazm ada menyebut dalam Al-Ihkam (1/36):

وأما لغة أهل الجنة وأهل النار فلا علم عندنا إلا ما جاء في النص والإجماع ولا نص ولا إجماع في ذلك...

Maksudnya: "Adapun bahasa Ahli Syurga dan Ahli Neraka, maka kita tidak tahu melainkan jika ada nas atau ijma' mengenainya. Namun, tidak ada nas dan tidak ada ijma' pada masalah ini...,



Bagaimana dengan dalil yg kemungkinan bahasa arab adalah bahasa syurga?


                                إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ




“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya”.





                                                           (Surah Yusuf : ayat 2)






Ibn Taimiyyah sendiri antara ahli ilmu yang tidak menetapkan "bahasa Arab sebagai bahasa Ahli Syurga". Ia jelas melalui jawapan beliau dalam fatwa beliau ketika ditanya tentang bahasa di akhirat nanti.


Beliau menjawab:


ولم يصح أن الفارسية لغة الجهنميين ، ولا أن العربية لغة أهل النعيم الأبدي ، ولا نعلم نزاعا في ذلك بين الصحابة رضي الله عنهم ، بل كلهم يكفون عن ذلك لأن الكلام في مثل هذا من فضول القول

Maksudnya: "Tidak sahih bahawa bahasa Parsi adalah bahasa ahli neraka jahannam dan tidak sahih juga bahawa bahasa Arab adalah bahasa Ahli Na'im (syurga) yang abadi. Dan kita tidak tahu perbincangan sebegitu dalam kalangan para sahabat bahkan mereka mendiamkan sahaja daripada perbincangan tersebut kerana ia adalah antara perkara yang membawa kepada berlebih-lebihan dalam perkataan.

                                                                     Rujuk fatwa no: 83262





Apa yang penting, selagimana pegangan bahawa bahasa Arab adalah Bahasa Ahli Syurga tidak bertentangan dengan mana-mana nas yang sahih lagi sarih (jelas), dalam ajaran Islam, dan tidak juga bertentangan dengan ajaran Islam, maka tidak mengapa berpegang dengan demikian. Namun, ia adalah masalah yang zhonni (kesamaran).




Ibn Kathir tidak menyebut lebih lanjut dan lebih jelas mengenai hal itu. Wallahu a'lam




Dan di TV pun ada kelas bahasa arab dimulai lagu "mari belajar bahasa arab, bahasa arab bahasa syurga"..




Ya.. tidak salah pendirian itu. Cuma, ada pihak yang timbulkan dan pertikaikannya, itu pun ada sandarannya. Yang lebih utama, serahkan hakikatnya kepada Allah s.w.t..





Wednesday, April 20, 2011

SUARA PEREMPUAN BUKAN AURAT : BAHAGIAN 3

Dalam tafsir al-Bahr al-Muhith, pada firman Allah 


                                [ فل  تضعن بالقول ]


Abu Hayyan berkata: “Ibnu ‘Abbas berkata:


“Janganlah kalian lemah gemelai dalam berbicara”. 


Al-Hasan berkata: “Janganlah kalian berkata-kata dengan keburukan”.


Al-Kalbi berkata: “Janganlah kalian berkata-kata dengan cara
yang membangkitkan orang yang sedang dalam kebingungan”. 


Ibnu Zaid berkata: “Merendahkan kata-kata (melemah lembutkan)
adalah ucapan-ucapan yang memasukan gurauan (ikatan) dalam hati”.


Dikatakan pula, maksudnya “Janganlah kalian melemahkan
tutur kata terhadap kaum lelaki”. Allah memerintahkan
terhadap mereka [isteri-isteri nabi] untuk berkata-kata baik,
tidak dengan kata-kata yang menyebabkan adanya ikatan
dalam hati dan kelembutan, seperti halnya yang demikian itu
umumnya terjadi pada kaum perempuan arab saat mereka
berbincang-bincang dengan kaum lelaki; iaitu dengan
melembutkan suara seperti suara perempuan yang lemah
gemalai (al-Mumisat), Allah melarang mereka dari hal
demikian itu”(54).


Dari sini diketahui bahawa tujuan ayat tersebut bukanlah untuk
mengharamkan atas mereka [isteri-isteri nabi] dalam berbincang-bincang hingga suara mereka didengari kaum lelaki.


"Akan tetapi larangan di sini adalah untuk berkata-kata dengan lemah lembut seperti seperti perkataan perempuan yang sedang kebingungan (al-Muribat) dan yang lemah gemalai (al-Mumisat); artinya kaum perempuan pelaku zina".


Telah diriwayatkan dengan shahih bahawa ‘Aisyah mengajar kaum lelaki dari belakang tabir (sitar). Al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitab at-Talkhish al-Habir berkata: “Maka telah tsabit dalam kitab Shahih bahawa mereka(54) al-Bahr al-Muhith (7/229)bertanya kepada ‘Aisyah tentang hukum-hukum dan hadis-hadis secara langsung (Musyafahah)”(55).


Al-Hakim dalam al-Mustadrak meriwayatkan dari al-
Ahnaf ibn Qais, berkata: “Saya mendengar khutbah Abu Bakar
as-Siddiq, ‘Umar ibn al-Khathab, ‘Utsman ibn ‘Affan, ‘Ali ibn
Abi Thalib dan para khalifah-khalifah seterusnya hingga hari
ini, dan aku tidak pernah mendengar perkataan dari mulut
seorang makhluk yang lebih berwibawa dan baik dari apa yang
keluar dari mulut ‘Aisyah”(56).


Dalam at-Tafsir al-Kabir, dalam firman Allah 


                        و قلللمؤ منات يغضضن من أ بصارهن


Maksudnya : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),                                                 
   
                                                        (Surah an-Nur : ayat 31)


al-Fakhr ar-Razi menulis:


“Tentang suara perempuan ada dua pendapat, pendapat yang
paling benar ialah bahawa hal itu bukan aurat, kerana para
isteri nabi meriwayatkan hadis-hadis bagi kaum lelaki”(57).


Di antara mereka adalah ‘Aisyah; beliau meriwayatkan
hadis-hadis Rasulullah kepada kaum lelaki dan memberi
fatwa kepada mereka, dan ia tidak merubah suaranya.


Demikian pula dari beberapa kaum perempuan keluarga
Shalahuddin al-Ayyubi meriwayatkan hadis bagi kaum lelaki.


Dan siapa yang merujuk kepada kitab-kitab tentang
tingkatan para ahli hadis (Thabaqat al-Muhadditsin), para
huffazh al-hadis, para ahli fiqh, ia akan menemukan banyak
biografi ulama yang menulis nota mereka sebagai sandaran ilmu
syari’at mengambil (membaca) atau belajar kepada kaum
perempuan.


"Yang lebih utama adalah kaum perempuan belajar
kepada kaum perempuan di tempat tertentu, yang para [pengajar] perempuan tersebut ahli dalam keilmuan dari segi
tsiqah (dipercayai)".








54 al-Bahr al-Muhith (7/229)



55 at-Talkhis al-Habir Fi Takhrij Ahadits ar-Rafi’i al-Kabir (3/140)

56 Mustadrak al-Hakim: Kitab Ma’rifat as-Shabah (4/11)

57 at-Tafsir al-Kabir (23/207)

SUARA PEREMPUAN BUKAN AURAT : BAHAGIAN 2

Al-Bukhari juga meriwayatkan dari Khalid ibn
Dzakwan(43): “Berkata Rubayyi’ binti Mu’awwidz ibn ‘Afra:


Rasulullah datang pada masa pengantinku, kemudian ia duduk seperti duduknya engkau di hadapanku. Kemudian para perempuan kami mulai memukul rebana dan menyebut-nyebut nama orang-orang tuaku yang gugur dalam perang Badar. Ketika salah seorang perempuan tersebut berkata: […dan di antara kami ada seorang nabi yang mengetahui apa yang akan terjadi hari esok], nabi bersabda:
[Tinggalkan kalimat tersebut, ucapkan kalimat-kalimat yang
sebelumnya engkau katakan].
       
Ibnu Hajar berkata(44): “at-Tabarani dalam al-Mu’ajam al-
Ausath dengan sanad hasan mengeluarkan dari hadits ‘Aisyah
bahawa nabi melalui di hadapan perempuan-perempuan Anshar
yang sedang dalam acara pernikahan, mereka sedang
bernyanyi dengan mengatakan:


            وأهدى لا كبشا تنحنح ف الربد # وزوجك ف النادي ويعلم ما ف غد


[…dan suaminya menghadiahkan domba kepadanya (pengantin
wanita) yang mengembik(berbunyi) di tempat pengembalaan. Dan suamimu berada diperkumpulan dan mengetahui apa yang terjadi hari esok].


Kemudian Rasulullah bersabda: “Tidak ada yang mengetahui
kejadian hari esok kecuali Allah”.


Al-Muhallab berkata: “Dalam hadis ini ada keterangan dalam
mengkhabarkan pernikahan dengan rebana dan dengan
nyanyian yang mubah(boleh), juga tentang kedatangan pemimpin
(Imam) dalam pesta tersebut sekalipun terdapat permainan-permainan,selama itu tidak melampaui batas dibolehkan”.


Hadis di atas juga diriwayatkan oleh al-Bazzar(45).Ibnu Majah meriwayatkan(46) dari Anas ibn Malik bahawa di suatu daerah Madinah nabi bertemu dengan perempuan-perempuan yang sedang memukul rebana dan bernyanyi,mereka bereka:
           
                      نن جوار من بن النجار # يا حبذا ممد من جار


[Kami adalah para perempuan dari Bani Najar, dan Muhammad
adalah sebaik-baiknya orang yang menjadi tetangga].



Kemudian nabi bersabda: “Allah Maha Mengetahui bahawa
aku benar-benar mencintai mereka”.Al-Hafizh al-Bushiri
berkata: “Sanad hadis ini shahih,dan rijalnya orang-orang dipercayai”(47).


Seorang ahli bahasa; al-Hafizh Muhammad ibn Muhammad al-Husaini az-Zabidi yang dikenal dengan Murtadha dalam karyanya; Ithaf as-Sadat al-Muttaqin, berkata:


“al-Qadhi ar-Rauyani berkata: …Sekalipun perempuan
tersebut meninggikan suaranya dalam talbiah, hal itu tidak
haram, karena suaranya bukan aurat”(48).


(talbiah ialah sejenis bacaan yang dibaca oleh jemaah haji/umrah ketika dalam ihram)


Al-Hafizh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari berkata: “Dalam
hadis ini [hadis tentang baiah perempuan dengan ucapan]
terdapat keterangan bahawa mendengar perkataan perempuan
asing adalah mubah, dan bahawa suaranya bukan aurat”(49).


An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim dalam
keterangan hadis cara baiah perempuan berkata: “Pada hadis
ini terdapat keterangan bahawa suara perempuan boleh
didengar bila diperlukan, dan bahawa suaranya bukan
aurat”(50).


Ibnu ‘Abidin al-Hanafi mengutip dari kitab al-Qinyah
berkata: “Boleh berbicara yang mubah(boleh) dengan perempuan
asing. 


Dalam al-Mujtaba disebutkan: Pada hadis ini terdapat
dalil dibolehkan berbicara dengan perempuan asing dengan perkataan yang tidak diperlukan, hal ini tidak
termasuk dalam pengertian “terjerumus dalam sesuatu yang
tidak bermanfa’at”(51).




Dalam kitab Asna al-Mathalib Syarh Raudl at-Thalib,Syeikh Zakariyya al-Anshari berkata: “…kemudian sesungguhnya suara perempuan bukan aurat menurut pendapat yang paling benar”(52).


Dengan demikian, dengan penjelasan ini, jelas bahawa suara perempuan bukan aurat, kecuali bagi orang yang bersenang-senang dalam mendengar suara kepadanya, dalam
keadaan terakhir ini haram.


Jika dikatakan: “Bukankah firman Allah:




Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana 


perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah


kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan 


lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan 


orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk


kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang


baik (sesuai dan sopan).


                                                        (Surah al-ahzaab : ayat 32)


Menunjukan keharaman dalam mendengar suara perempuan?


Jawapan: Perihal ayat tersebut tidak menunjukan demikian. 
Al-Qurthubi dalam tafsirnya berkata: “Allah memerintahkan terhadap mereka [isteri-isteri nabi] untuk berkata-kata dengan perkataan yang fasih dan terang,tidak dengan kata-kata yang menyebabkan adanya ikatan dalam hati dan kelembutan, seperti halnya yang demikian itu umumnya terjadi pada kaum perempuan arab saat mereka berbincang-bincang dengan kaum lelaki; iaitu dengan melembutkan suara seperti suara perempuan yang sedang
kebingungan (al-Muribat) dan yang lemah gemalai (al-Mumisat), Allah melarang mereka dari hal demikian ini”(53).








43 Shahih al-Bukhari: Kitab an-Nikah: Bab memukul rebana saat
nikah dan walimah



44 Fath al-Bari (9/203)

45 Lihat Kasyf al-Astar (3/5-6). Al-Haitsami dalam Majma’ az-
Zawa’id (8/129) berkata: “Diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan para
rijal shahih”.

46 Sunan Ibn Majah: Kitab an-Nikah: Bab al-Ghina wa ad-Duff.

47 Mishbah az-Zujajah Fi Zawa’id Ibn Majah (1/334)

48 Ithaf as-Sadat al-Muttaqin Bi Syarh Ihya Ulum ad-Din (4/338)

49 Fath al-Bari (13/204)

50 Syarh Shahih Muslim (10/13)

51 Radd al-Muhtar (5/236)

52 Asna al-Mathalib (3/110)

53 al-Jami’ Li Ahkam al-Qur’an (14/177)

SUARA PEREMPUAN BUKAN AURAT : BAHAGIAN 1

Sesetengah orang berprasangka buruk terhadap wanita.Mereka menganggap wanita sebagai sumber segala bencana dan fitnah.Jika terjadi suatu bencana,mereka berkata : 

"Periksalah kaum wanita!" 




Bahkan ada pula yang sewenangnya berkata :


"Wanita merupakan penyebab terjadinya penderitaan manusia sejak zaman Nabi Adam hingga sekarang,kerana wanitalah yang mendorong Adam untuk memakan buah terlarang hingga dikeluarkan mereka berdua dari syurga dan terjadilah          penderitaan dan kesengsaraan atas diri mereka dan diri kita sekarang."


Sebenarnya tidak ada satu pun agama dibumi,kecuali Islam,yang memuliakan wanita,memberikan haknya,dan menyayanginya.Islam memuliakan wanita,dan memeliharanya sebagai manusia.Memeliharanya sebagai anak perempuan.Memeliharanya sebagai isteri.Memeliharanya sebagai ibu.Memelihara serta melindunginya sebagai anggota masyarakat.

Islam memuliakan wanita sebagai manusia yang diberi tugas(taklif) dan tanggungjawab yang utuh seperti halnya lelaki,yang kelak akan mendapatkan pahala atau seksa sebagai balasannya.Tugas yang mula-mula diberikan Allah kepada manusia bukanlah khusus untuk lelaki,tetapi juga untuk perempuan, yakni Adam dan isterinya                                        

                                             (lihat kembali surat al-Baqarah: 35)


Perlu diketahui bahawa tidak ada satu pun nas Islam,baik Al-Qur'an mahupun As-Sunnah yang sahih,yang mengatakan bahawa wanita (Hawa) yang menjadi penyebab dihalaunya lelaki (Adam) dari syurga dan menjadi penyebab penderitaan anak cucu Adam.


Bahkan Al-Qur'an menegaskan bahawa Adamlah orang pertama
yang diminta bertanggungjawab (lihat kembali SurahThaha: 115-122).

Namun,sangat sayang sekali masih ramai umat Islam yang
merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangkan hak-haknya  serta mengharamkannya dari apa-apa yang telah ditetapkan oleh      syara'.Padahal,syari'at Islam sendiri telah menempatkan wanita        pada posisi yang sangat jelas, yakni sebagai manusia, sebagai           perempuan,sebagai anak perempuan,sebagai  isteri,atau sebagai ibu.

"Yang lebih memilukan apabila ada yang menggunakan nama islam membataskan dakwah para wanita/perempuan dengan mengatakan suara mereka adalah aurat".


Ketahuilah bahawa pendapat yang menjadi rujukan dari
empat mazhab tentang suara perempuan adalah bukan aurat.


Bagaimana mungkin dikatakan ianya aurat sementara dalam hadis
dinyatakan bahawa Nabi memberikan keringanan terhadap seorang Jariyah untuk menyanyi saat menghantar seorang pengantin perempuan menuju ke arah mempelai lelaki. 


Al-Bukhari dalam kitab Shahihnya(37) meriwayatkan dari Hisyam ibn ‘Urwah, dari ayahnya, dari ‘Aisyah, bahwasanya ia menghantar mempelai perempuan menuju pengantin lelaki dari kaum Anshar, kemudian Nabi bersabda:


                          يا عائشة ما كان معكم لو فإن النصار يعجبهم اللهو


"Wahai ‘Aisyah tidakkah ada bersama kalian sebuah permainan   (al-Lahw), sesungguhnya kaum Anshar itu sangat menyenangi permainan".


Dalam riwayat at-Thabarani(38) dari Syuraik ibn Hisyam ibn ‘Urwah dari ayahnya; ‘Urwah ibn Zubair dari ‘Aisyah bahawa Rasulullah bersabda:


                               فهل بعثتم معها جارية تضرب بالدف وتغن؟


Tidakkah kalian mengutus jariyah untuk memukul rebana dan
bernyanyi?. ‘Aisyah berkata: “Dengan perkataan (nyanyian) apa…?”. Rasulullah bersabda: “Dengan Perkataan:


                                   أتيناكم أتيناكم # فحيونا نييكم
                             ولو ل الذهب الحر # ما حلت بواديكم
                          ولو ل النطة السمراء # ما سنت عذاريكم




"Kami mendatangi kamu semua, kami mendatangi kamu semua, maka sambutlah kami, kami pun akan menyambut kamu semua. Kalaulah tidak kerana Dzahab Ahmar (emas merah) maka tempat-tempat asing kamu semua tidak akan ramai(penuh) . Dan kalaulah bukan kerana Hinthah as-Samra (gandum coklat) maka tidak akan gemuk anak-anak dara kalian".


Shahih al-Bukhari(37) : Kitab an-Nikah : Bab tentang rombongan perempuan yang menghantar mempelai wanita menuju ke arah suaminya dan mereka mendoakannya.


(38) Dikutip oleh al-Haitsami dalam Majma’ az-Zawa’id (4/289),
at-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, lihat pula Fath al-Bari (9/226)


Riwayat ath-Thabarani di atas adalah shahih, di dalamnya ada tambahan terhadap riwayat al-Bukhari; iaitu memukul rebana dan melantunkan lagu dengan perkataan-perkataan di atas. Pengertian jariyah dalam hadits di atas adalah seorang perempuan.                                                                                                                                                                                          '                      
Lihat al-Qamus al-Muhith dan Lisan al-‘Arab pada huruf .( ج- ر- ي)


Al-Bukhari juga meriwayatkan (39) dari ‘Aisyah, bahawa dia
berkata: “Rasulullah masuk kepadaku sementara bersamaku
ada dua orang perempuan sedang bernyanyi dengan nyanyian
yang mengghairahkan, kemudian nabi merebahkan badan di
atas tempat tidur dan memalingkan wajahnya. Sesaat
kemudian datang Abu Bakar, ia menegurku berkata: “Seruling
syaitan ada di rumah nabi?”. Kemudian Rasulullah bersabda:
“Biarkan keduanya…”, setelah Rasulullah tidak menghiraukan
lagi aku bergurau dengan kedua perempuan tersebut, kemudian
mereka berdua keluar”.


Ibnu Hajar berkata(40): “Pernyataannya (al-Bukhari); […
dua orang perempuan --Jariyatani--], ia tambahkan dengan bab
selepasnya; […dari perempuan-perempuan al-Anshar].


Dalam lafaz hadis at-Thabarani(41) dari Ummu Salamah disebutkan bahawa salah seorang dari kedua perempuan tersebut adalah milik Hassan ibn Tsabit, dalam kitab al-Arba’in karya as- Sulamiy disebutkan bahawa keduanya adalah milik ‘Abdullah ibn Salam. 


Dalam kitab al-‘Idain karya Ibn Abi ad-Dunia dari jalan Fulaih dari Hisyam ibn ‘Urwah bahawa yang sedang bernyanyi tersebut adalah Hamamah dan salah seorang sahabatnya. Sanad terakhir ini sahih, hanya saja aku tidak menemukan nama perempuan satunya, namun


demikian mungkin perempuan yang kedua bernama Zainab,dan telah ia (al-Bukhari) sebutkan dalam bab nikah”.


Ibnu Hajar juga berkata(42): “… akan tetapi tidak adanya
pengingkaran Rasulullah terhadap hal itu menunjukan
adanya perkara yang dibolehkan yang tidak beliau halangi”. 


Juga ia berkata: “Dari hadis ini diambil dalil bahawa dibolehkan
mendengar suara perempuan menyanyi sekalipun ia bukan
seorang budak, karena Nabi tidak mengingkari Abu Bakar
untuk mendengarkannya, bahkan ia mengingkari sikap
pengingkarannya”.








37 Shahih al-Bukhari: Kitab an-Nikah: Bab tentang rombongan perempuan yang mengantar mempelai (pengantin) wanita menuju ke arah suaminya dan mereka mendoakannya.


38 Dikutip oleh al-Haithami dalam Majma’ az-Zawa’id (4/289),
at-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, lihat pula Fath al-Bari (9/226)


39 Shahih al-Bukhari: Kitab al-‘Idaen: Bab al-Hirab wa ad-Daraq
Yaum al-‘Ied.


40 Fath al-Bari (2/440)


41 al-Mu’jam al-Kabir (23/264-265)


42 Fath al-Bari (2/443)




SAMBUNGAN BAHAGIAN 2 : KLIK DI SINI


Soalan maut dari Paderi !

Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kubur berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

"Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah".

Setelah membaca Bismillah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu lapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kubur yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman,  "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai."(Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguhnya aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.


(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah )

Related Post