Monday, April 18, 2011

Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!!

   "Daku menadah tangan kesyukuran..bibirku tidak mampu mengungkap keindahan perkataan itu..hanyalah kalimah rahsia sebagai bicara..namun tika ini,ku bersungguh-sungguh utk menterjemahkan gambaran di dalam"..


Alhamdulillah..seorang mujahidah yang tidak ku kenali telah membuka mata dan hatiku..untuk terus menusuri jalan-jalan dakwah..memperjuangkannya tanpa mempedulikan rintangan yang mendatang..soalan yang seakan berbicara di benak fikiran semua..pernyataan yang mampu membuat bibir yang tersayang mengukir senyuman..siapakah insan mulia itu?..


Insan yang dihiaskan dengan hiasan nama yang bagaimana?..Atika Aula namanya diukir kemas pada sorotan papan indah luh mahfuz..(jika silap,ana pohon kemaafan)..bagaimana diriku mengenalinya?..sejujurnya,tidak pernah ku tahu tentang latar belakangnya mahupun tentang dirinya..


Pada awalnya,mataku terpana dengan slogan "Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah"..sekelip cuma hatiku terarah untuk klik pada perkataan di bawahnya,iaitu "klik di sini" melalui wasilah blog najiah@jiah..hatiku berdebar-debar menunggu blognya terpamer..hatta mataku langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling..bukan kerana nafsu ku terbuai-buai ke arah wanita ajnabi,namun kesekian kalinya neuron otakku ingin menformat dan menyimpan data baru..mataku semakin tercelik..akhirnya,terpampang medium dakwah pada skrin komputer ribaku..perkataan pertama yang melintasi indah di depanku adalah


"Ahlan Wa Sahlan Ke Blog Atika Aula Salam Ukhuwah"..


Moga-moga dia meraikan kedatanganku dengan perkataan itu..(^_^)..hatiku bersuara kecil,tujuanku bukan untuk menghulurkan salam perkenalan..bahkan niatku adalah untuk berjihad dan memperjuangkan dakwah Nabi..


            [Home][Diriku][Tutorial][Awards][Banner][Pets]..


wahh..banyaknya..mana satu nak klik ni..ishh..nanti nanti nanti..jangan berganjak dahulu..tengok page yang bawah..ada apa ya..
                     
                              Assalamualaikum semua..




Selamat malam..kali ni saya nak anjurkan satu kempen la.Kempen saya ialah "Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah".


                                               Gambar..


                                          baca baca baca..


Saya harap kempen saya mendapat sambutan...ada beberapa syarat untuk join kempen ni ,xsusah pun : 





  • Buat satu entri bertajuk " Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!! ". Link entri tersebut hendaklah diletakkan di bahagian komen entri ini.
  • Dalam entri kawan-kawan letakkan link blog saya.
  • Letak gambar di atas di dalam link kawan-kawan
  • Kalau boleh gambar tersebut letak di side bar ye. Boleh tukar saiz kod ( height : 110, width 250)
  • Tambahan tag 3 orang rakan (lebih pun xpe) pastikan mereka tau

teruskan..baca baca lagi akhirnya sampai ke bawah..




                             Syukran kerana sudi membaca




Kalau suka like la ;)




Ditaip oleh Cik Atika Aula




Wahh..betul-betul xsusah la..bestnya..tapi.........aduhhh!!!..lupa nak like la..jp lagi sy like k..(^_^)..


Jom teman-teman!!..jom kita sertai kempen ni..betul-betul xsusah..bagi mereka yang sukar berkata-kata di depan umum,inilah masanya untuk jari-jemari anda bersuara..(^_^)..taip taip taip..


Siap!!!!!!!!!!!!


Teruja tak teruja tak??Tapi ingat...bukan hasilkan tulisan yang menyimpang dari tujuan dakwah..ataupun susunan artikel yang tersasar jauh dari landasan ukhwah..seperti kata-kata kesat..atau perkataan yang kurang enak didengar teman dan sahabat..pastinya mendorong hubungan  yang semakin melarat..semua itu hindarkan seboleh mungkin..artikel yang baik seperti membantu ibu di dapur,menyiram pokok bunga,tolong gosokkan baju ibu..dengan niat mengeratkan lagi hubungan mesra antara keluarga adalah digalakan..asalkan berlandaskan jalan dakwah..(^_^)


Kepada ukhti mujahidatul Atika Aula..




Maksudnya :


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.


                                       (Surah al-Maidah : ayat 71 & 72)


Syukran Jazilan kerana membantu dan mendorong saudara dan saudari seislam mu untuk terus berdakwah..Allah pasti menghitung kebaikanmu..(^_^)

5 comments:

  1. Assalamualaikum~
    Puitis betul kata-kata awak ye..:)
    Apa-apa pun syukran kerana join kempen ni..semoga kita sama-sama mengunakan blog sebagai salah satu medium dakwah. Untuk mengajak orang di luar sana ke arah yang lebih baik~
    Berdakwah ada banyak cara, kadang kala daripada penulisan seseorang juga dapat memberikan keinsafan dan kesedaran kepada pembacanya..
    Salam ukhuwah...nice entry :)

    ReplyDelete
  2. nice entry..semoga penulisan anda dapat memberi manfaat kepada semua..

    teruskan bertinta ^^

    ReplyDelete
  3. salam..

    stuju dgn kak atika..
    blog ini sungguh puitis!
    mcm bca novel pula..
    hehe..

    keep it up! ^_^

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. wah...boleh belajar bahasa dgn dialah!-penulis novel:)kata2 saya sndiri trabur...

    ReplyDelete