Monday, April 18, 2011

HUKUM IKHTILAT ANTARA KAUM LELAKI DAN KAUM PEREMPUAN : BAHAGIAN 3

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda:


     "لا يدخلن رجل على مغيبة إل ومعه رجل أو رجلن"


Maknanya: "Janganlah seorang lelaki masuk ke [rumah] seorang
perempuan yang sedang ditinggalkan suaminya, kecuali bersamanya
seorang lelaki lain atau dua orang lelaki”.                                                                     
                                                   
            (H.R. Muslim17 dan lainnya18)


"Hukum yang diintisarikan dari hadis-hadis di atas ialah bahawa berkumpulnya antara lelaki dan perempuan jika terdapat tiga orang atau lebih adalah sesuatu yang dibolehkan".


Perkara ini berlaku dalam pelbagai keadaan [mutlak]; baik untuk kepentingan dunia selama tidak mengandungi maksiat,mahupun untuk kepentingan agama; seperti belajar ilmu agama atau usrah. Dengan keharusan perempuannya menutup aurat.


"Demikian orang yang mengharamkan berkumpulnya kaum lelaki dan kaum perempuan dengan tujuan belajar ilmu agama maka ia telah mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan Allah"


Padahal dalam hadis telah diriwayatkan bahawa kaum perempuan solat berjama’ah bersama Rasulullah. Mereka berada di barisan belakang setelah barisan kaum lelaki, dan di antara mereka tidak ada
penghalang (sitar). 


Kemudian juga dalam Shahih al-Bukhari (19) 


"Diriwayatkan bahawa Rasulullah menyuruh kaum perempuan di hari raya untuk ikut solat ied di satu tempat di Madinah berdekatan masjid [nabawi]. Saat itu ramai kaum perempuan muda solat ied di belakang Rasulullah, sementara kaum perempuan lainnya yang sedang haidh menyaksikan dari jauh,untuk mendapatkan kebaikan. Dalam beberapa kesempatan lainnya Rasulullah turun langsung bersama Bilal mendatangi (menghampiri) kaum perempuan untuk
memberikan nasihat kepada mereka".


Kemudian dalam Shahih al-Bukhari ada sebuah bab yang beliau namakan dengan:Bab Nasihat Imam [pemimpin] bagi kaum

perempuan di hari raya”.


Dan kerana itulah tradisi kaum Muslimin masih berlanjutan dari dahulu hingga sekarang bahawa para ulama menentukan waktu dan tempat khusus di samping masjid atau di tempat lainnya untuk mengajar kaum perempuan.


Setelah penjelasan panjang yang dikutip dari
hadis-hadis shahih dan pernyataan para ulama di atas,para ulama mujtahid memberikan tauladan kepada kita untuk berpegang teguh dengan teks-teks syari’at yang memang shahih.





17 Shahih Muslim: Kitab as-Salam: Bab Tahrim al-Khalwah bi al-Mar’ah al-Ajnabiyyah.


18 Ibnu Hibban dalam Shahih-nya (7/442) dan Ahmad dalam Musnadnya (2/171, 176, 213).



19 Shahih al-Bukhari: Kitab al-‘Idain: Bab Khuruj an-Nisa wa al-Huyyadl Ila al-Mushalla.


Bahagian Sebelumnya : Klik Di Sini : Bahagian 2



2 comments: