Monday, April 18, 2011

HUKUM IKHTILAT ANTARA KAUM LELAKI DAN KAUM PEREMPUAN : BAHAGIAN 2

Al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab Shahih-nya(9) dari
Sahl, berkata: “Ketika Abu Usaid as-Sa’idi menjadi pengantin,
ia mengundang Rasulullah dan para sahabatnya. Tidak ada
yang membuat makanan bagi para tetamu (undangannya)
tersebut juga tidak mendekatkan (membawa) makanan kepada
mereka kecuali isterinya; Ummu Usaid”.


Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Dalam hadis ini terdapat
keterangan tentang kebolehan berkhidmatnya seorang isteri
terhadap suami dan para tetamunya. Tentunya hal ini bila saat aman dari adanya fitnah, juga perempuan tersebut harus
dengan menjaga apa yang seharusnya [menutup aurat]. 


Juga dalam hadis ini terdapat keterangan bahawa seorang suami
dibolehkan meminta tolong [khidmat] kepada isteri”(10).


Ibn al Mundzir, salah seorang imam mujtahid, dalam
kitabnya al-Awsath, berkata: 


"Ali ibn ‘Abd al-‘Aziz mengkhabarkan kepada ku
, ia berkata:: Hajjaj mengkhabarkan kepada
ku , ia berkata::Tsabit dan Humaid dari Anas mengkhabarkankan kepada kami dari beliau berkata: Kami bersama
Abu Musa al-Asy’ari, kami solat di al-Mirbad, kemudian
kami duduk di masjid al-Jami’, dan kami melihat al-Mughirah
ibn Syu’bah solat bersama ramai, kaum lelaki dan
kaum perempuan bercampur, lalu kami pun solat
bersamanya”(11).


Ibnu Hibban meriwayatkan dari Sahl ibn Sa’d, berkata:


“Kami kaum perempuan di masa Rasulullah diperintah untuk
tidak mengangkat kepala hingga kaum lelaki mengambil
tempat duduknya masing-masing, kerana sempitnya pakaian
[yang mereka kenakan]”(12).


Dua hadis di atas merupakan dalil bahawa
berkumpulnya kaum lelaki dan kaum perempuan dalam
satu tempat adalah sesuatu yang dibolehkan, sekalipun tidak ada
penghalang (sitar) antara mereka. Ertinya bahawa ikhtilat
antara kaum lelaki dan kaum perempuan adalah hal yang
boleh selama tidak ada persentuhan. Adapun ikhtilat yang
diharamkan adalah yang disertai dengan adanya persentuhan
tubuh.


An-Nawawi dalam syarahnya terhadap kitab al-
Muhadzdzab, berkata: “...karena sesungguhnya ikhtilat antara
kaum lelaki dan kaum perempuan jika bukan khalwat
adalah sesuatu yang bukan haram”(13).


Perkataan an-Nawawi di atas sesuai dengan petunjuk
hadis Ibn ‘Abbas, bahawa Rasulullah bersabda bagi kaum
perempuan saat mereka berbaiah:


 إنا أنبئكن عن العروف الذي ل تعصينن فيه أن ل تلون بالرجال وحدانا "
                                  " ول تنحن نوحة الاهلية 


Maknanya : "Aku beritahukan kepada kalian tentang kebaikan (al-
Ma’ruf) yang tidak boleh kalian derhaka kepadaku dalam hal ini;
[ialah] janganlah kalian berkhalwat dengan kaum lelaki dalam
keadaan sendiri dan janganlah kalian menjerit-jerit [an-Niyahah;
karena kematian seseorang] seperti menjerit-jeritnya kaum
jahiliyah". 


                    (H.R. Al-Hafizh Ibnu Jarir at-Thabari)


Para ulama fiqh telah mencatat bahawa bila ada dua orang
lelaki bersama dengan seorang perempuan atau dua
orang perempuan dengan seorang lelaki bukan tergolong
khalwat yang diharamkan. 


Syekh Zakariyya al-Anshari asy-
Syafi’i dalam Syarh Raudl ath-Thalib, berkata: “Dibolehkan bagi
seorang lelaki untuk berkumpul dengan dua orang perempuan yang dapat dipercayai [tsiqah]”(14).


Demikian pula disebutkan oleh Syekh Muhammad al-Amir al-Maliki(15).



Yang diharamkan adalah khalwat antara seorang lelaki
dengan seorang perempuan, sebagaimana diterangkan
dalam hadis Nabi:


                     " لا يلون رجل بامرأة إل كان ثالثهما الشيطان "


Maknanya: "Tidaklah sekali-kali seorang lelaki berkhalwat
dengan seorang perempuan kecuali orang ketiganya adalah syaitan".


Hadits Shahih riwayat at-Tirmidzi(16).






11 Lihat Kitab al-Ausat (2/401)


12 Lihat al-Ihsan Bi Tartib Shahih Ibn Hibban (3/317)


13 al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (4/484)


14 Lihat Syarh ar-Raudl (3/407)


15 Lihat Has10 Fath al-Bari (9/251)
yiat al-Amir ‘Ala al-Majmu’ (1/215)


16 Jami’ at-tirmidzi: Kitab ar-Radla’.


Sambungan : Klik Di Sini : Bahagian 3
Bahagian Sebelumnya : Klik Di Sini : Bahagian 1

2 comments:

Related Post