Thursday, October 10, 2013

WIRELESS MINDA

WIRELESS MINDA
SAYA UJI, IA MENJADI


Saya bawakan kisah yang menjadi turning point bagaimana saya boleh menjadi orang yang berfikiran positif.

Mungkin ada yang bertanya apa kaitan dengan konsep perhubungan manusia. Tetapi ia merupakan elemen yang sangat penting untuk berkawan dengan orang lain.

Bagaimana kita mahu mendekati dan berkawan dengan seseorang sedangkan fikiran kita beranggapan negatif... terhadap orang lain?

Insha Allah, ada sesuatu yang sangat bernilai yang saya kongsikan untuk anda semua. Ikuti kisah saya.

.
.
.

Alhamdulillah. Saya diberi izin-Nya untuk terus menimba ilmu di luar kampus.

Sekitar tahun 2012, saya ternampak di dada akhbar suatu seminar pembangunan insani dan how to grow your money.

Seminar Wang Power. Di sinilah saya mula mengenali mentor pemasaran, keusahawanan no 1 Malaysia, #DrAzizanOsman . Juga pakar mekanik wang, abang Abu dari Singapura.

Masih segar dalam ingatan saya, ilmu-ilmu yang diperturunkan oleh Dr Azizan Osman.

Apa yang kita fikir,
apa yang kita rasa,
apa yang kita buat,
apa yang kita cakap
semuanya adalah doa.

Bagi melepasi suatu halangan hidup, ketika itu jangan fikir tentang masalah. Nanti benar-benar masalah itu akan berlaku.

Apa yang kita fikir adalah doa. Sifirnya mudah. Tuhan menurut sangkaan hamba-Nya.

Begitu juga dalam bab perasaan, perbuatan dan terutama percakapan. Sehabis daya harus dijaga. Perkara-perkara itu terangkum dalam bab doa.

Doa yang mencorak rupa kehidupan kita.

Antaranya lagi:

1. The power of gratitude, kuasa bersyukur.

Bersyukur seolah-olah tidak pernah mengalami sesuatu perkara.

2. The power of giving, kuasa memberi.

Banyakkan memberi. Konsepnya sama seperti selawat ke atas Nabi. Sekali kita memberi, Allah balas hasilnya sepuluh kali.

3. The power of action, kuasa tindakan.

Now or never. Kalau kita tidak bertindak hari ini, saat ini, sampai bila-bila pun, kita tetap tidak akan bertindak.


KEKURANGAN DUIT

Akhirnya tamat sesi menggali ilmu dari beliau. Ketika itu, perut saya meronta-ronta ingin menghadam sesuap makanan.

Saya cek ke dalam beg dompet. RM12. Amaun yang mustahil untuk sampai ke rumah.

Kos utk pulang ke rumah adalah RM16.50. Begini, dari tempat seminar ke tempat perhentian bas adalah RM15 tambang teksi.

Di sini, bas memang sukar didapati. Bakinya adalah tambang bas untuk pulang ke rumah.

Saya tetap bersangka baik. Kebetulan, di situ ada peniaga yang menjual makanan ringan. Nugget seringgit, air seringgit. Saya beli.

RM10, sisa baki duit yang tinggal.

Saya berkata kepada diri sendiri,

'Ok, inilah masanya. Aku nak apply terus ilmu yang Dr Azizan beri. Its now or never. Kalau aku tak buat sekarang, sampai bila-bila pun aku takkan buat.'

Saya terus berjalan dengan minda yang baru. Tujuan saya adalah teksi, tanpa memikirkan masalah tambang yang akan dihadapi.

Kurang dari seminit, teksi benar-benar lalu di depan saya. Saya tahan. Teksi berhenti dan saya bertanya pada pemandunya.

'Bang, tambang teksi pergi ke Melaka Sentral (perhentian bas) berapa?'

'RM15 dik.'

'Kalau RM10 boleh bang?'

'Boleh.' Jawabnya lagi

Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan menaiki teksi, saya langsung tidak memikirkan masalah yang kedua.

Kehabisan wang. Baki RM10 dalam dompet, dikhaskan untuk tambang teksi. Bagaimana pula dengan tambang bas RM1.50 untuk pulang ke rumah?

Saya tetap dengan fikiran dan minda yang baru.


AJAIB

Saat pertama tadi duduk di dalamnya, saya terus bersyukur seolah-olah tidak pernah menaiki teksi.

Saya terus-terusan bersyukur dan bersangka baik dengan-Nya.

Ditengah perjalanan, tanpa disangka, tiga wanita menahan teksi yang saya naiki. Ketika mereka naik, tambang saya berkurang sebanyak RM7.

Subhanallah. Berkat kuasa minda, bersyukur dan bertindak segera, Allah mudahkan segalanya. Insha Allah, inilah amalan yang akan menjadi pakaian saya, sampai bila-bila.

Maaf atas post yang berjela.
Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment