Friday, October 8, 2010

Jom Tengok - Rahsia Al-Quran..

Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya. Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran.
Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang sama. Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115 kali; perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali; Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali; Zakat 32 kali, Barakah juga 32; Berfikir 49, Nur 49, dan Penderitaan 114, "Kesabaran" juga 114 kali.
Apakah Semua Ini Kebetulan?? Lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia.
Orang yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, Tidak mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.
Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya?
Di sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya.
Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia. Bukan sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.
Allah berfirman, Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhan-mu (Nabi Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang." (An-Nisaa, 174)
Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya, "Apakah Nur itu?"
Baginda menjawab, Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu."
Kemudian ditanya lagi, Bagaimanakah tandanya? Sabda baginda, Hati itu tidak lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal). Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu."
Abdullah bin Masud berkata, Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa), tetapi diperoleh dengan nur yang dicampakkan oleh
Allah ke dalam hati seseorang."
Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan al Quran merupaka penghubungnya.
Dizaman keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin. Pada zaman selepas kegemilngan Islam, para cendiakawan dari Eropah telah mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa pulang ke Eropah dengan katanya ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin.
Oleh itu wahai penghuni global ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada didunia ini adalah berasal dari al-Quran.

Wednesday, October 6, 2010

Disebalik Coretan Duka - Karyaku

Hatiku ditaburi kaca-kaca halus yang tiada diduga,

Dan meluluhkan tinta duka menghiasi relung-relung di dasar jiwa,

Serta menukar watak perasaanku yang terusik menjadi boneka sedih yang tiada bersuara,

Hanya tingkah yang mampu berbisik perlahan ungkapan pilu yang tiada nisbahnya,

Bermulalah lembaran duka yang tiada noktahnya.....

Realiti Perdebatan - Karyaku

Kadang-kadang orang anggap kita ni degil,
Tak nak terima pandangan yang mereka cungkil,
Banyak pekara yang telah dibedil,
Pendapat kita langsung tidak diambil,
Padahal kita sertakn hujah dan dalil,

Ini bukan sesuatu yang ganjil,
Alhamdulillah..
Mungkin ada hikmah yang dinukil,
Disebalik percaturan yang adil,
Menongkah arus dunia yang batil,
Menghindari dari masyarakat yang jahil,
Akhirnya suatu permata yang terhasil,
Iaitu masyarakat Islam yang kamil...

Cinta Masjid - Karyaku

Sesungguhnya,

Masjid itu didatangi bukan kerana hari jumaat hari istimewa,

Bukan kerana bulan Ramadhan menjelma,

Bukan jua kerana pagi Syawal menyapa,

Tetapi kerana cintanya pada Allah dan RasulNya,

Lalu ditunaikan solat fardhu yang lima,

Ditunaikan solat jumaat yang utama,

Ditunaikannya solat terawih pada malam Ramadhan yang mulia,

Ditunaikan jua solat sunat hari raya dengan pakaian yang berbeza 

Dan masjidlah menjadi tempatnya meluahkan cinta dan rasa........

Disebalik Coretan Khairul - Hasil nukilanku : Part 2

Dia dan Rahsia Hatinya

Khairul menadah tangan kesyukuran.Bibirnya terungkap bisu.Hanyalah kalimah rahsia sebagai bicara.Tubuhnya terasa segar.Kini tubuhnya seakan-akan memiliki berjuta-juta molekul ketenangan.Jika tetamu subuh tidak diendahkan,maka ketenangan pada hari itu tidak mempedulikannya.Kini neuron otaknya berfungsi dengan baik.Seluruh anggota lainnya juga turut serta.Matanya tidak terkebil-kebil lagi.Seolah-olah faham akan perintah ketenangan.


 "Walaupun dikumpulkan 7 lautan dunia sebagai tinta,nescaya tidak dapat dinukilkan nikmat yang dikurniakan olehNya.Benarlah Allah itu Maha Sempurna",hatinya bermonolog."Alhamdulillah,barulah boleh buat kerja dengan tenang",bisik hatinya lagi.


  Bila ketenangan iman mula menghidu,dia pasrah hatinya berhak disunting dengan ilmu.Dia bingkas dari sejadah cintaNya.Dia melabuhkan punggungnya ke kasur lena.Lantas dia mengambil menu sarapan paginya,2 buah kitab fiqh.Mathla'al Badrin dan Sabilal Muhtadin.Bab nikah ditelusurinya.Dirinya asyik tersenyum seorang sahaja.Sekejap terbaring di katil.Sekejap termenung panjang.Sekejap tak sedap badan.Mujurlah tiada manusia yang melihatnya."Subhanallah,indahnya islam!Sunah ini akan ku lalui jua",bicaranya sambil tersenyum malu.


(Bersambung).........

Disebalik Coretan Khairul - Hasil nukilanku.....

Part 1 : Aku dan Tetamuku

Ku buka pintu kamarku.Balkoni tersidai menerima jemputanku.Rembulan kelihatan.Itulah waktuku.Air wudhu' diratakan.Terasa dingin dan segar.Tetamuku dilayan mesra.Isya',indah namanya.Ku laungkan kalimah takbir,tanda kewajipan seorang hamba.Penghujungnya salam diberi,ke kanan dan ke kiri.Ku susun atur kalimah istighfar.Untaian tasbih menjadi butiranku.Lalu mukjizat kalamNya ku alunkan.Seiring hati dan perasaanku,tawajuh cinta.Itulah melodi dan irama hidupku.


  Malam makin menderu.Ku tatapi kalimah keramat dari bibir insan.Ayahandaku.Rajin memberi hikmat.Selesai.Ku lihat jam di dinding.Pukul 3.00 pagi.Ku bingkas masuk ke kamarku.Hanya satu misi yang perlu dikecapi.Ku lebarkan seluas-luasnya sayap lenaku.Akhirnya aku tenggelam bersama nakhoda.


   Aku terpana.Kedengaran sebait lagu nasyid,"Permata Yang Di Cari".Alarm telefon bimbitku berbunyi seperti biasa.Secebis usaha menggenggam subuh.Ku capai tuala kuningku.Ku gegas ke kamar mandi.Dingin.Ku bulatkan tekad.Subuh di awal waktu menjadi prinsipku.Ku harungi jua badai di kamar mandi itu.Wudhu' tidak ketinggalan."Alhamdulillah,dapat jua subuh di awal waktu",getus hati kecilku.

(Bersambung).....

Related Post