Monday, September 30, 2013

KISAH HIDUP SAYA

KISAH HIDUP SAYA

Bismillah. Assalamualaikum pembaca yang disayangi, dekat di hati.
Kepakaran saya adalah dalam bidang psikologi hubungan manusia, di mana saya membantu anda untuk menyelesaikan masalah ketegangan hubungan, sama ada dalam aspek kekeluargaan, persahabatan, juga hubungan di antara peniaga dan pelanggan, dengan sistem yang sangat unik,

‘Bagaimana Kita Boleh Mempengaruhi dan Membahagiakan Orang Lain Tanpa Mereka Sedari’

Berapa ramai yang mahu saya anda untuk selesaikan masalah ini melalui khidmat nasihat secara PERCUMA, sila hantar mesej anda ke alamat email khairul_azzikrayat@yahoo.com untuk sesi tersebut.

Alhamdulillah,  hari ini saya sangat bersyukur kerana saya telah berani dan sedang hidup berdikari. Saya gembira apabila berada di mana sahaja. Namun 15 tahun dahulu, pada umur 7 tahun, saya telah mengalami ketakutan pertama saya. Mama dan abah bercerai. Abah bawa kami adik beradik bersama ke Johor Bahru. Saya sangat takut akan membesar tanpa kasih sayang dari Mama.

Namun, saya tidak mampu berbuat apa-apa. Ia benar-benar berlaku. Saya masih ingat lagi sewaktu di sekolah rendah, ramai ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka pulang dari sekolah. Tiba-tiba saya teringatkan mama. Saya sedih, saya sangat sedih. Saya terus berlari ke dalam tandas sekolah. Saya tak tertahan lagi. Saya menangis di sana kerana terlalu rindukan mama.’Mama, mama dekat mana. Mus sayangkan mama!’ Saya sangat sedih apabila teringatkan peristiwa itu.

Episod tersebut sering berulang sewaktu saya masih di sekolah rendah. Hari berganti hari. Saya sambung belajar di sekolah asrama agama di Benut, Pontian Johor. Namun tidak disangka, dugaan muncul kembali. Saya dibuli oleh rakan-rakan sekelas saya. Pernah satu hari, ketika dalam pebarisan, saya tidak sengaja terlanggar seorang rakan sekelas. Dia pandang saya dengan perasaan yang sakit hati dan beri amaran pada saya, ‘Siap kau!’.

Apabila tamat pebarisan, saya balik ke bilik asmara. Sewaktu saya duduk di katil, ramai rakan-rakan berkumpul mengelilingi saya. Mereka memarahi saya, “Kau tolak member aku eh!’. Lalu seorang rakan tersebut mengambil selipar kotor dan berpasir di luar bilik. Dia terus mengetuk-ngetuk selipar itu dan pasir jatuh bertaburan di atas kepala saya. Saya hanya mampu berdiam diri atas apa yang mereka lakukan. Namun saya tidak sesekali membenci dan menyimpan dendam terhadap mereka.

Selama hampir 3 tahun lebih saya tidak mempunyai kawan baik. Pada tingkatan 4, asyik memikirkan bagaimana cara saya agar boleh bebas dari pengaruh buli dan berkawan dengan mereka. Saya terus-terusan berfikir dan saya sangat teruja. Saya mendapat cara bagaimana boleh berkawan dengan mereka. Alhamdulillah, saya tidak lagi dianggap musuh dan saya mempunyai kawan baik.

Akhirnya melalui pengalaman saya, saya mendapat formula bagaimana saya mampu mempengaruhi orang lain tanpa mereka sedari. Hasilnya saya tidak takut lagi untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja. Apabila ada yang  memarahi saya, saya mampu menurunkan emosinya ke tahap yang stabil tanpa saya menyuruhnya menghentikan perbuatan tersebut.

Pengalaman melalui fasa-fasa kesedihan hidup, hati saya berasa sedih melihat kesusahan orang lain. Atas dasar itu saya benar-benar ingin bantu sesiapa sahaja yang mengalami masalah hubungan, sama ada masalah keluarga, persahabatan, atau masalah di antara peniaga dan pelanggan. Ikuti page dan blog saya. Saya ingin berkongsi  rasa. Saya ingin berkongsi tips-tips dan artikel tentang pengaruh dan psikologi. Namun saya mohon agar anda mengerti, membina pengaruh bukanlah untuk mempergunakan sesiapa, bahkan ia adalah ilmu yang dapat membuatkan orang-orang lain dan kita bahagia. Terima kasih semua.

Related Post