Wednesday, April 20, 2011

SUARA PEREMPUAN BUKAN AURAT : BAHAGIAN 3

Dalam tafsir al-Bahr al-Muhith, pada firman Allah 


                                [ فل  تضعن بالقول ]


Abu Hayyan berkata: “Ibnu ‘Abbas berkata:


“Janganlah kalian lemah gemelai dalam berbicara”. 


Al-Hasan berkata: “Janganlah kalian berkata-kata dengan keburukan”.


Al-Kalbi berkata: “Janganlah kalian berkata-kata dengan cara
yang membangkitkan orang yang sedang dalam kebingungan”. 


Ibnu Zaid berkata: “Merendahkan kata-kata (melemah lembutkan)
adalah ucapan-ucapan yang memasukan gurauan (ikatan) dalam hati”.


Dikatakan pula, maksudnya “Janganlah kalian melemahkan
tutur kata terhadap kaum lelaki”. Allah memerintahkan
terhadap mereka [isteri-isteri nabi] untuk berkata-kata baik,
tidak dengan kata-kata yang menyebabkan adanya ikatan
dalam hati dan kelembutan, seperti halnya yang demikian itu
umumnya terjadi pada kaum perempuan arab saat mereka
berbincang-bincang dengan kaum lelaki; iaitu dengan
melembutkan suara seperti suara perempuan yang lemah
gemalai (al-Mumisat), Allah melarang mereka dari hal
demikian itu”(54).


Dari sini diketahui bahawa tujuan ayat tersebut bukanlah untuk
mengharamkan atas mereka [isteri-isteri nabi] dalam berbincang-bincang hingga suara mereka didengari kaum lelaki.


"Akan tetapi larangan di sini adalah untuk berkata-kata dengan lemah lembut seperti seperti perkataan perempuan yang sedang kebingungan (al-Muribat) dan yang lemah gemalai (al-Mumisat); artinya kaum perempuan pelaku zina".


Telah diriwayatkan dengan shahih bahawa ‘Aisyah mengajar kaum lelaki dari belakang tabir (sitar). Al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitab at-Talkhish al-Habir berkata: “Maka telah tsabit dalam kitab Shahih bahawa mereka(54) al-Bahr al-Muhith (7/229)bertanya kepada ‘Aisyah tentang hukum-hukum dan hadis-hadis secara langsung (Musyafahah)”(55).


Al-Hakim dalam al-Mustadrak meriwayatkan dari al-
Ahnaf ibn Qais, berkata: “Saya mendengar khutbah Abu Bakar
as-Siddiq, ‘Umar ibn al-Khathab, ‘Utsman ibn ‘Affan, ‘Ali ibn
Abi Thalib dan para khalifah-khalifah seterusnya hingga hari
ini, dan aku tidak pernah mendengar perkataan dari mulut
seorang makhluk yang lebih berwibawa dan baik dari apa yang
keluar dari mulut ‘Aisyah”(56).


Dalam at-Tafsir al-Kabir, dalam firman Allah 


                        و قلللمؤ منات يغضضن من أ بصارهن


Maksudnya : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),                                                 
   
                                                        (Surah an-Nur : ayat 31)


al-Fakhr ar-Razi menulis:


“Tentang suara perempuan ada dua pendapat, pendapat yang
paling benar ialah bahawa hal itu bukan aurat, kerana para
isteri nabi meriwayatkan hadis-hadis bagi kaum lelaki”(57).


Di antara mereka adalah ‘Aisyah; beliau meriwayatkan
hadis-hadis Rasulullah kepada kaum lelaki dan memberi
fatwa kepada mereka, dan ia tidak merubah suaranya.


Demikian pula dari beberapa kaum perempuan keluarga
Shalahuddin al-Ayyubi meriwayatkan hadis bagi kaum lelaki.


Dan siapa yang merujuk kepada kitab-kitab tentang
tingkatan para ahli hadis (Thabaqat al-Muhadditsin), para
huffazh al-hadis, para ahli fiqh, ia akan menemukan banyak
biografi ulama yang menulis nota mereka sebagai sandaran ilmu
syari’at mengambil (membaca) atau belajar kepada kaum
perempuan.


"Yang lebih utama adalah kaum perempuan belajar
kepada kaum perempuan di tempat tertentu, yang para [pengajar] perempuan tersebut ahli dalam keilmuan dari segi
tsiqah (dipercayai)".








54 al-Bahr al-Muhith (7/229)



55 at-Talkhis al-Habir Fi Takhrij Ahadits ar-Rafi’i al-Kabir (3/140)

56 Mustadrak al-Hakim: Kitab Ma’rifat as-Shabah (4/11)

57 at-Tafsir al-Kabir (23/207)

No comments:

Post a Comment

Related Post