Saturday, April 16, 2011

Anak-anak sering dizikirkan dengan "hantu"..

Mungkinkah sikap ibu bapa sendiri menyebabkan lemahnya kekuatan hati anak-anak?
Lihat dengan mata hati yang mentafsir,lihat dengan mata akal yang mahu berfikir..

                         Apabila anak-anak semakin membesar,ibu bapa lebih suka menakut-nakutkan anak dengan kewujudan hantu.Ibu bapa bayangkan kepada anak-anak wajah hantu hodoh dan menakutkan.Sejak kecil lagi anak-anak diulang-ulang setiap hari supaya takut dengan keadaan gelap,takut dengan pokok besar,takut dengan kubur sebab mesti ada hantu,sehinggakan anak-anak takut hendak ke tandas seorang diri,takut memasuki bilik gelap,takut ke dapur apabila lampu ditutup,takut hendak balik kampung sebab keadaan keliling kampung gelap-gelita dan sunyi.


Akhirnya,jiwa anak-anak dibentuk pengecut.Anak-anak jadi bantut pemikiran dalam menyerap maklumat-maklumat yang benar.


Jarang sekali ibu ayah menakutkan anak dengan Malaikat Rakib dan Atid yang mencatat,jarang sekali ibu ayah menceritakan kepada anak bahawa Allah Maha Hebat,Maha Kuat,lagi Maha Melihat.Ini asas tauhid yang perlu dipasak dalam diri anak sejak kecil supaya menjadi insan yang berani,dan ada keyakinan diri apabila semakin dewasa.


Ini harus dijadikan matlamat!..

4 comments:

  1. ya juga, oho baru terfikir..
    syukran2..

    ReplyDelete
  2. (^_^)..moga mendapat redhaNya..'afwan ukhti

    ReplyDelete
  3. aah an...btul sgt ape yg mus ckp tuh..patut sebarkan satu dunier taw..bukak mater mak ayah zaman skrg...

    ReplyDelete
  4. sy setuju..sepatutnya dari kecil ibu bapa patut terapkan sikap takut kepada Allah bukan takut sesama makhluk~
    nice entry..bagus2 :)

    ReplyDelete

Related Post