KISAH
HIDUP SAYA
Bismillah. Assalamualaikum pembaca yang disayangi, dekat di hati.
Kepakaran saya adalah dalam bidang psikologi hubungan manusia, di mana saya
membantu anda untuk menyelesaikan masalah ketegangan hubungan, sama ada dalam
aspek kekeluargaan, persahabatan, juga hubungan di antara peniaga dan
pelanggan, dengan sistem yang sangat unik,
‘Bagaimana Kita Boleh Mempengaruhi dan Membahagiakan Orang Lain Tanpa Mereka
Sedari’
Berapa ramai yang mahu saya anda untuk selesaikan masalah ini melalui khidmat
nasihat secara PERCUMA, sila hantar mesej anda ke alamat email khairul_azzikrayat@yahoo.com
untuk sesi tersebut.
Alhamdulillah, hari ini saya sangat
bersyukur kerana saya telah berani dan sedang hidup berdikari. Saya gembira
apabila berada di mana sahaja. Namun 15 tahun dahulu, pada umur 7 tahun, saya
telah mengalami ketakutan pertama saya. Mama dan abah bercerai. Abah bawa kami
adik beradik bersama ke Johor Bahru. Saya sangat takut akan membesar tanpa
kasih sayang dari Mama.
Namun, saya tidak mampu berbuat apa-apa. Ia benar-benar berlaku. Saya masih
ingat lagi sewaktu di sekolah rendah, ramai ibu bapa yang mengambil anak-anak
mereka pulang dari sekolah. Tiba-tiba saya teringatkan mama. Saya sedih, saya
sangat sedih. Saya terus berlari ke dalam tandas sekolah. Saya tak tertahan
lagi. Saya menangis di sana kerana terlalu rindukan mama.’Mama, mama dekat
mana. Mus sayangkan mama!’ Saya sangat sedih apabila teringatkan peristiwa itu.
Episod tersebut sering berulang sewaktu saya masih di sekolah rendah. Hari
berganti hari. Saya sambung belajar di sekolah asrama agama di Benut, Pontian
Johor. Namun tidak disangka, dugaan muncul kembali. Saya dibuli oleh
rakan-rakan sekelas saya. Pernah satu hari, ketika dalam pebarisan, saya tidak
sengaja terlanggar seorang rakan sekelas. Dia pandang saya dengan perasaan yang
sakit hati dan beri amaran pada saya, ‘Siap kau!’.
Apabila tamat pebarisan, saya balik ke bilik asmara. Sewaktu saya duduk di
katil, ramai rakan-rakan berkumpul mengelilingi saya. Mereka memarahi saya,
“Kau tolak member aku eh!’. Lalu seorang rakan tersebut mengambil selipar kotor
dan berpasir di luar bilik. Dia terus mengetuk-ngetuk selipar itu dan pasir
jatuh bertaburan di atas kepala saya. Saya hanya mampu berdiam diri atas apa yang
mereka lakukan. Namun saya tidak sesekali membenci dan menyimpan dendam
terhadap mereka.
Selama hampir 3 tahun lebih saya tidak mempunyai kawan baik. Pada tingkatan 4,
asyik memikirkan bagaimana cara saya agar boleh bebas dari pengaruh buli dan
berkawan dengan mereka. Saya terus-terusan berfikir dan saya sangat teruja.
Saya mendapat cara bagaimana boleh berkawan dengan mereka. Alhamdulillah, saya
tidak lagi dianggap musuh dan saya mempunyai kawan baik.
Akhirnya melalui pengalaman saya, saya mendapat formula bagaimana saya mampu
mempengaruhi orang lain tanpa mereka sedari. Hasilnya saya tidak takut lagi untuk
berhadapan dengan sesiapa sahaja. Apabila ada yang memarahi saya, saya mampu menurunkan emosinya
ke tahap yang stabil tanpa saya menyuruhnya menghentikan perbuatan tersebut.
Pengalaman melalui fasa-fasa kesedihan hidup, hati saya berasa sedih melihat
kesusahan orang lain. Atas dasar itu saya benar-benar ingin bantu sesiapa
sahaja yang mengalami masalah hubungan, sama ada masalah keluarga,
persahabatan, atau masalah di antara peniaga dan pelanggan. Ikuti page dan blog
saya. Saya ingin berkongsi rasa. Saya
ingin berkongsi tips-tips dan artikel tentang pengaruh dan psikologi. Namun
saya mohon agar anda mengerti, membina pengaruh bukanlah untuk mempergunakan
sesiapa, bahkan ia adalah ilmu yang dapat membuatkan orang-orang lain dan kita
bahagia. Terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment