Sunday, October 13, 2013

5 Teknik Mempengaruhi Dan Membuatkan Orang Lain Suka Pada Kita



5 Teknik Mempengaruhi Dan Membuatkan Orang Lain Suka Pada Kita

Saya suka bawakan dulu kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai orang. Which is perkara itu membuatkan orang lain menjauhi, mengata dan membencikan kita. Perkara awal yang perlu kita lakukan adalah membuang jauh-jauh sifat yang buruk di bawah.

Kesilapan Mempengaruhi dan Berkawan Dengan Orang Lain

Kebiasaanya, apabila kita berada di luar, kita mahu orang berasa kagum pada kita. Kita mula menunjukkan apa yang kita miliki. Walhal perkara itu membuatkan orang lain berasa kita hanya mahu menunjuk-nunjuk dan menjengkelkan mereka.

Saatnya, sudah waktunya kita memahami ilmu mempengaruhi orang lain dan mempraktikkannya. Cuba fikir dalam-dalam a
pakah ini sebahagian daripada sifat manusia untuk dikenali dan dipuji oleh orang lain?

Jawapannya ada pada kita. Secara majoritinya ini adalah termasuk dalam skrip drama kehidupan sebagai manusia. Ya, sifat untuk menjadi penting. Jika kita melihat di luar sana ada yang membawa watak sebegitu, usah kita berasa musykil kenapa ada di antara mereka berbuat begitu.Ini benar-benar berlaku. Apa yang kita perlu lakukan adalah mempraktikan cara yang betul.



1. Senyum

Apabila berjumpa dengan orang di luar sana, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah senyum. Ya, senyum. Ia adalah satu bentuk keajaiban yang dikurniakan pada kita.

Jika ada yang tidak membalas senyuman kita, usah berasa malu dan berputus asa. Apa yang kita tidak tahu adalah senyuman yang kita hadiahkan sebenarnya memberi kesan dan bekas dalam dirinya. Kita telah cop hatinya dan ingatannya dengan senyuman kita. Jika kali kedua dan seterusnya berjumpa, pasti mudah berbicara bersama.

 

2. Mula Menegur Orang

'Kenapa nak tegur orang? Saya tak suka la ambil tahu pasal orang lain'.

Mungkin pada kita, kita buat hal sendiri sebab tak nak ganggu orang lain. Tapi pada orang lain? Sebab itu dalam Islam kita dituntut supaya berjemaah. Nak berjaya mesti kena ada group. Mesti saling sokong-menyokong. Barulah ada kekuatan. Kalau kita tengok ada orang own the bussiness, dia tetap ada pekerja-pekerja yang menjadi tulang belakang dia.
Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini adalah jangan duduk dan hidup sorang-sorang. Kita kena start tegur orang. Mula kenal-kenal lebih rapat dengan kawan-kawan. Bila jumpa berkongsi ilmu dan bertukar-tukar informasi. Ok boleh? So, macam mana nak mulakan? First jumpa jangan muka kelat dan design'kan' keceriaan di wajah kita dengan senyuman.

Then seterusnya apa yang perlu ditanya adalah kisah-kisah pernah berlaku dalam hidup dia yang mungkin boleh kita jadikan pengajaran.


3. Menjadi pendengar luahan yang setia

Orang-orang yang meluahkan perasaan, masalah dan apa-apa sahaja bebanan dalam hatinya pada kita kerana dua perkara. Pertama kerana kita adalah orang yang dipercayai. Kedua kerana tiada yang mahu mendengar jeritan hatinya. Maka tugas kita adalah menjadi pendengar yang setia.


Sebenarnya nak pikat hati orang lain tak perlu tunggu anda berani sepenuhnya. Cuba faham apa perasaan orang lain masa itu. Lama-lama diri anda tiba-tiba jadi prihatin pada orang lain. Pejam mata follow saja step ini.


4. Meraikan setiap bait-bait kata orang lain

Dalam kehidupan sebenar, budaya berdebat adalah perkara yang tidak elok. Ini bukan soal kita berpengalaman dalam pertandingan debat di sekolah atau universiti.

Apabila berbicara dengan orang di sekeliling kita tentang sesuatu hal, jangan merosakkan perhubungan dengan memulakan atau menyertai perdebatan.

Sebenarnya kita tidak perlu memenangi perb
incangan tersebut, hanya yang perlu kita lakukan adalah memberi ruang kebahagian pada hatinya. Bagaimana? Beri perhatian dan meraikan kata-kata yang sampaikan oleh orang lain walaupun kita tidak setuju. Perkara itu akan menarik orang lain untuk mendengar idea kita pula.


5. Tidak Bercakap besar Dan Merendah diri


Ketika kita berurusan dengan manusia, lebih baik kita ingat yang kita tidak berurusan dengan makhluk yang logik. Kita berhubung dengan makhluk yang penuh emosi, prasangka dan diselubungi perasaan bangga dan sombong.

Kritik itu adalah sia-sia. Seseorang akan berusaha mempertahankan diri walau mana cara.

Apabila kita kita merendah diri dan tidak bercakap besar dengan mencelah kata-kata seseorang, kita sebenarnya tengah menguasai emosi dia, bukan meledakan emosi dia. Orang yang faham tentang konsep psikologi begini, pasti mudah mempengaruhi orang lain.


Pengalaman Di `Interview’ Kerja + Aplikasi Ilmu Pengaruh

Saya bawakan teknik pertama di atas kerana kita perlukan booster bagi meningkatkan pengaruh kita pada peringkat awal. Ya, melalui senyuman.

Kali ini apa yang saya nak bawakan adalah pengalaman menggunakan knowledge yang lebih advance. Iaitu apa tools yang ada pada diri kita yang dapat
memberikan gambaran pada orang lain bahawa kita adalah orang yang boleh bekerjasama.

Kenapa kerjasama? Bila kita dilabel sebagai orang yang boleh `work together’, indirectly lebih mudah untuk kita berkomunikasi, lebih mudah kita buat tugasan bersama dan yang lebih penting adalah ia boleh menjadi satu pengikat yang dapat mengeratkan hubungan.

Saya pernah tinggal di shah alam sebelum saya mulakan bisnes saya sendiri. Saya masih ingat lagi, pada hari pertama saya berpindah ke situ, saya terus mencari kerja. Waktu tengah berjalan-jalan mencari ruang pekerjaan, saya ternampak sebuah kedai cermin mata.

Saya terus masuk di kedai tu dan sampaikan hasrat saya. Sesi interview dikendalikan oleh seorang akak manager. Selang beberapa minit, akak tersebut kata, `Adik, adik diterima bekerja. Akak suka adik. Adik tahu tak, sebelum adik ada 9 orang yang interview kerja, semuanya ditolak’.

Best kan bila kita dengar ayat yang macam tu. Nak tahu tak apa rahsia saya? Ok firstly saya melemparkan senyuman yang menawan. Ecehh.. Maksudnya saya sentiasa dalam keadaan senyum dan sentiasa bersedia untuk senyum. Bila kita senyum, orang lain akan merasakan aura yang positif. Kita dapat menarik orang untuk mengenali kita.

Sepanjang sesi interview, saya tidak menunjukkan kepandaian saya dengan bercakap besar. Malah saya sentiasa mendengar dengan rendah hati dan meraikan setiap bait-bait ayat yang keluar dari mulut akak manager. Hasilnya, sangat mengagumkan kann?

Kini sudah tiba masa anda untuk mengalami saat-saat yang best macam ni dengan syarat, anda mempraktikan input dan knowledge apa yang anda dapat hari ni. Boleh boleh?  

No comments:

Post a Comment