Sunday, April 24, 2011

Bahasa Arab Bukan Bahasa Ahli Syurga

Saya tertarik dengan entri seorang akhwat atiq rahman yang mengatakan "bahasa arab bukan bahasa ahli syurga"..jikalau tidak keberatan,bacalah terlebih dahulu entri atiq..kerana insyallah saya akan mengupas lebih lanjut berkenaan permasalahan ini supaya umum lebih mudah memahami..saudara atau saudari sekelian,untuk entri atiq boleh klik di sini > BAHASA ARAB BAHASA SYURGA?


Bagaimana??..Benarkah??..


Sebahagian ahli ilmu "tidak menetapkan" bahawa bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab lalu bersikap tawakkuf (berdiam diri) daripada menentukan bahasa bagi ahli syurga.




Hadis yang dirujuk berkenaan bahasa Arab sebagai bahasa ahli syurga adalah: Rasulullah shollallahu 'alaihi wasalam bersabda:

" أَحِبُّوا الْعَرَبَ لأَنِّي عَرَبِيٌّ ، وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ ، وَكَلامُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ "

Maksudnya: Cintailah Arab kerana aku seorang arab, Al-Qur'an dalam bahasa Arab dan kalam ahli syurga adalah arab"





Hadis ini dikeluarkan oleh Imam At-Tabrani dalam Mu'jam Kabir, Imam Al-Hakim dalam Mustadrak, Imam Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman dan sebagainya. Namun, sanadnya mengandungi perawi bernama Al-'Ala' bin 'Amru Al-Hanafi yang dinilai sebagai pemalsu hadis. Lalu, ia menjadikan nilai hadis ini dinilai oleh sebahagian ulama' sebagai palsu.








Al-Imam As-Suyuti menyebut tentang hadis ini:
قَالَ العقيلي : منكر لا أصل لَهُ ...قلتُ : إنّما أورده العقيلي فِي ترجمة العلاء بْن عمرو عَلَى أَنَّهُ من مناكيره ، وكذا صاحب الميزان . وقال الحافظ ابن حجر فِي اللسان : العلاء ذكره ابن حبان فِي الثقات ، وقال صالِح جزرة : لا بأس بِهِ . وقال أَبُو حاتِم : كتبت عَنْهُ وما أعلمُ إلا خيرًا . انتهى .

Maksudnya: "Al-Uqaili berkata: Hadis munkar yang tiada asalnya... Saya kata: "Sesungguhnya Al-Uqaili menyebut dalam terjemah Al-'Ala' bin Amru bahawa hadis ini antara manakirnya (yang diriwayatkan dengan sanad bersendirian tanpa jalan lain). Begitu juga disebutkan oleh empunya Al-Mizan (Imam Az-Zahabi). Al-Hafiz ibn Hajar menyebut dalam Al-Lisan: "Al-'Ala' disebut oleh Ibn Hibban dalam At-Thiqat (kitab2 yang menyenaraikan perawi thiqah). Sholeh Jazrah berkata: "dia tidak mengapa..." Abu Hatim berkata: "Ditulis daripadanya. Aku tidak ketahui daripadanya melainkan kebaikan..." 






"Para ulama' berselisih pendapat tentang Al-'Ala' bin 'Amru tadi namun kebanyakannya menilai beliau sebagai lemah dan ada yang menilainya sebagai pemalsu hadis". 




Imam As-Suyuti menyebut perkataan
Imam Az-Zahabi tentang hadis ini
                                       وأظن الحديث موضوعًا

Maksudnya: "Saya rasa hadis ini palsu..." [Al-La'ie Al-Masnu'ah] 




Imam Al-'Uqaili juga menyebut hadis ini munkar tiada asalnya dalam Ad-Dhu'afa' Al-Kabir.



Imam AS-Sakhawi juga ada menyebut jalan lain bagi hadis ini iaitu melalui perawi bernama Muhammad Ibn Al-Fadhl tetapi tidak layak dijadikan sanad penguat hadis ini kerana Ibn Al-Fadhl adalah dho'if dan ditohmah sebagai pendusta.Jadi, Imam As-Sakhawi juga membuat kesimpulan hadis ini palsu walaupun banyak hadis-hadis lain menceritakan kelebihan mencintai bangsa Arab, tetapi tidak ada tentang bahasa Arab sebagai bahasa ahli syurga dalam riwayat yang kuat. [Rujuk Al-Maqasid Al-Hasanah]





"Namun, Imam At-Tabrani r.a. meriwayatkan hadis ini dalam Al-Mu'jam Al-Ausath dengan jalan lain iaitu bersambung kepada Saidina Abu Hurairah r.a., bukan Saidina Ibn Abbas r.a. yang dinilai palsu tadi".




Pun begitu, hadis ini dho'if, tetapi tidak sampai tahap palsu. Perawi yang dinilai lemah dalam sanad ini adalah dua orang. Pertama: Abdul Aziz bin Imran dan kedua: Syibl bin Al-'Ala' bin Abdil Rahman.



 Abdul Aziz bin 'Imran dinilai sebagai dho'if oleh ramai ulama' hadis termasuklah Imam Al-Bukhari dan Imam An-Nasa'ie sendiri. Adapun Syibl bin Al-'Ala', maka dia bersifat majhul. Imam Ibn 'Adi berkata, Syibl tersebut mempunyai riwayat manakir.



Namun, konsep "bahasa Arab adalah bahasa Ahli Syurga" ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam bahkan nas-nas mengenainya tidak bertentangan dengan mana-mana nas yang lebih sahih. Jadi, boleh sahaja untuk menerimanya dan lebih baik serahkan hakikat sebenarnya kepada Allah s.w.t.. Wallahu a'lam





Ibn Hazm ada menyebut dalam Al-Ihkam (1/36):

وأما لغة أهل الجنة وأهل النار فلا علم عندنا إلا ما جاء في النص والإجماع ولا نص ولا إجماع في ذلك...

Maksudnya: "Adapun bahasa Ahli Syurga dan Ahli Neraka, maka kita tidak tahu melainkan jika ada nas atau ijma' mengenainya. Namun, tidak ada nas dan tidak ada ijma' pada masalah ini...,



Bagaimana dengan dalil yg kemungkinan bahasa arab adalah bahasa syurga?


                                إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ




“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya”.





                                                           (Surah Yusuf : ayat 2)






Ibn Taimiyyah sendiri antara ahli ilmu yang tidak menetapkan "bahasa Arab sebagai bahasa Ahli Syurga". Ia jelas melalui jawapan beliau dalam fatwa beliau ketika ditanya tentang bahasa di akhirat nanti.


Beliau menjawab:


ولم يصح أن الفارسية لغة الجهنميين ، ولا أن العربية لغة أهل النعيم الأبدي ، ولا نعلم نزاعا في ذلك بين الصحابة رضي الله عنهم ، بل كلهم يكفون عن ذلك لأن الكلام في مثل هذا من فضول القول

Maksudnya: "Tidak sahih bahawa bahasa Parsi adalah bahasa ahli neraka jahannam dan tidak sahih juga bahawa bahasa Arab adalah bahasa Ahli Na'im (syurga) yang abadi. Dan kita tidak tahu perbincangan sebegitu dalam kalangan para sahabat bahkan mereka mendiamkan sahaja daripada perbincangan tersebut kerana ia adalah antara perkara yang membawa kepada berlebih-lebihan dalam perkataan.

                                                                     Rujuk fatwa no: 83262





Apa yang penting, selagimana pegangan bahawa bahasa Arab adalah Bahasa Ahli Syurga tidak bertentangan dengan mana-mana nas yang sahih lagi sarih (jelas), dalam ajaran Islam, dan tidak juga bertentangan dengan ajaran Islam, maka tidak mengapa berpegang dengan demikian. Namun, ia adalah masalah yang zhonni (kesamaran).




Ibn Kathir tidak menyebut lebih lanjut dan lebih jelas mengenai hal itu. Wallahu a'lam




Dan di TV pun ada kelas bahasa arab dimulai lagu "mari belajar bahasa arab, bahasa arab bahasa syurga"..




Ya.. tidak salah pendirian itu. Cuma, ada pihak yang timbulkan dan pertikaikannya, itu pun ada sandarannya. Yang lebih utama, serahkan hakikatnya kepada Allah s.w.t..





4 comments:

  1. Teringin nak belajar bahasa arab...
    entah hajat tercapai atau tak...
    pandangan saya, bahasa arab mmg istimewa, untung bagi mereka yg mempelajarinya...

    ReplyDelete
  2. dah banyak lupa bahasa arab ni...dulu kwatu sekolah saja yang belajar...insyaAllah akan belajar semula dikesempatan kemudian..insyaAllah

    ReplyDelete
  3. mmg dah lupa bahasa arab..huhu

    ReplyDelete
  4. nice entry...
    "Sesungguhnya Kami telah jadikan Al-Quran dalam bahasa Arab supaya kalian memikirkannya.”(Yusuf : 2).

    ReplyDelete

Related Post